awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemasangan mesin ATM tertakluk kepada industri perbankan - Yamani Hafez

Bernama
Bernama
29/09/2021
04:57 MYT
Pemasangan mesin ATM tertakluk kepada industri perbankan - Yamani Hafez
Jika terdapat keperluan khusus, kerajaan akan akan berbincang dengan pihak industri bank untuk memberi pertimbangan membuka ATM. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pemasangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan bandar atau luar bandar adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan, kata Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa.
Katanya, ini kerana langkah itu perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan ATM dan tahap penggunaan sebagai justifikasi bagi pemasangan ATM di sesebuah kawasan.
"Bagaimanapun, jika terdapat keperluan khusus, kerajaan akan akan berbincang dengan pihak industri bank untuk memberi pertimbangan membuka ATM," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai cadangan pemasangan ATM bagi memberikan kemudahan tunai khususnya kepada penduduk di luar bandar.
Menurut Yamani Hafez, sejak COVID-19 melanda negara, inisiatif peralihan kepada e-pembayaran atau pembayaran tanpa tunai telah mendapat sambutan memberangsangkan bagi memudahkan proses e-pembayaran dalam sektor awam.
Katanya e-pembayaran di sektor awam telah menyaksikan penerimaan merangkumi 60 peratus daripada jumlah kutipan kerajaan.
"Contohnya, Jabatan Imigresen yang telah melaksanakan e-pembayaran di kaunter di seluruh negara menyaksikan penerimaan yang tinggi merangkumi 84 peratus pada 2020 berbanding 48 peratus pada 2019," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mesin pengeluaran wang automatik
#ATM
#Yamani Hafez Musa
#bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan