awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembaikan jajaran LRT laluan Ampang dijangka selesai dalam dua minggu

Bernama
Bernama
01/02/2023
09:37 MYT
Pembaikan jajaran LRT laluan Ampang dijangka selesai dalam dua minggu
Loke berkata pembukaan kedua-dua stesen yang terlibat iaitu Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek hanya akan dilakukan sekiranya didapati laluan berkenaan selamat digunakan oleh pengguna. - Fail/BERNAMA
PELABUHAN KLANG: Kementerian Pengangkutan (MOT) menjangkakan kerja-kerja pembaikan jajaran perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Ampang berdekatan stesen Bandaraya yang mengalami kerosakan struktur, selesai dalam tempoh dua minggu untuk fasa pertama.
Menterinya Anthony Loke Siew Fook berkata kerosakan struktur tersebut akan dibaiki oleh pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bersama perunding yang telah dilantik, dalam kadar segera.
Loke berkata pembukaan kedua-dua stesen yang terlibat iaitu Stesen Bandaraya dan Stesen Masjid Jamek hanya akan dilakukan sekiranya didapati laluan berkenaan selamat digunakan oleh pengguna.
"Kita tiada pilihan kerana ini melibatkan isu keselamatan. Jadi, saya memohon maaf kepada pihak penumpang. Saya tahu dan banyak terima laporan serta akan memantau pergerakan projek pembaikan ini.
"Bagi meminimumkan gangguan kepada pengguna, kita telah menggerakkan 200 kakitangan Prasarana untuk melancarkan operasi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan perkhidmatan LRT laluan Ampang mengalami kelewatan atas faktor keselamatan akibat penjajaran landasan yang bengkok berhampiran stesen Bandaraya selain kerosakan struktur jejambat di kawasan berkenaan dipercayai disebabkan kerja-kerja pembinaan di kawasan bersebelahan.
Dalam pada itu, Loke berkata kementerian menyokong penuh konsep laluan khas atau 'blue lane' kepada penunggang motosikal seperti yang disyorkan pakar keselamatan bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian dalam kalangan pengguna jalan raya.
Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan tersebut memerlukan pelaburan besar terutama sekiranya dilakukan di lebuh raya dan jalan Persekutuan, selain kerja pembinaan dan menaik taraf jalan raya itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR).
"Bukan satu cadangan baharu dan saya pernah mendengarnya sebelum ini, memang satu cadangan baik. Kementerian Pengangkutan memang menyokongnya," katanya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT Laluan Ampang
#Anthony Loke
#kerja-kerja pembaikan jajaran
#prasarana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan