awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembakaran terbuka: Premis kitar semula kayu palet terpakai dikompaun RM4,000

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/01/2022
04:15 MYT
Pembakaran terbuka: Premis kitar semula kayu palet terpakai dikompaun RM4,000
JAS memandang serius isu pembakaran terbuka dan tindakan yang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sama. - Foto JAS Pulau Pinang
BUKIT MERTAJAM: Sebuah premis perniagaan kitar semula kayu palet terpakai di Juru Estate, Bukit Mertajam dikompaun RM4,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang kerana melakukan pembakaran terbuka.
Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata kompaun itu dikeluarkan berikutan premis berkenaan didapati melakukan pembakaran terbuka ke atas kayu palet yang mahu dilupuskan.
Siasatan mendapati premis berkenaan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"JAS negeri turun melakukan siasatan ke atas premis itu berdasarkan maklumat orang awam.
"Siasatan oleh pegawai JAS mendapati aduan yang diterima berasas dan kompaun RM4,000 dikeluarkan atas kesalahan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, syarikat-syarikat yang menghantar kayu palet untuk kitar semula digesa untuk memeriksa premis penerima bagi memastikan bahan yang dihantar boleh dikitar semula dan bukan dilupuskan secara pembakaran terbuka.
"Pihak JAS memandang serius isu pembakaran terbuka dan tindakan yang lebih tegas akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan sama," katanya.
Selain itu, JAS negeri juga telah mengaktifkan beberapa pasukan rondaan selepas waktu bekerja bagi mencegah pencemaran dan pembakaran terbuka
Tegasnya, sebarang kesalahan akan diambil tindakan sewajarnya iaitu kompaun atau tindakan mahkamah dengan denda maksima RM500,000.
Topic Berkaitan
#pembakaran terbuka
#kompaun
#kitar semula kayu palet
#JAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan