awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembalakan di Kelantan tidak jejaskan populasi harimau - Jabatan Perhutanan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/01/2022
14:10 MYT
Pembalakan di Kelantan tidak jejaskan populasi harimau - Jabatan Perhutanan
Abdul Khalim berkata, proses itu sebaliknya baik untuk pertambahan populasi berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak. - Gambar/ Sinar Harian
GUA MUSANG: Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) mendakwa aktiviti pembalakan di negeri ini tidak menjejaskan populasi harimau.
Pengarah JPNK, Abdul Khalim Abu Samah berkata, proses itu sebaliknya baik untuk pertambahan populasi berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak.
Menurutnya, bila ada pembalakan banyak tumbuhan baharu akan tumbuh yang menarik haiwan seperti kancil untuk datang ke kawasan tersebut.
"Kedatangan haiwan seperti kancil itu akan menjadi sumber makanan buat harimau.
"Situasi itu juga akan memudahkan harimau mendapatkan sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal," katanya.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas dakwaan mengatakan kehadiran beberapa ekor harimau di perkampungan Orang Asli berpunca daripada aktiviti pembalakan secara berleluasa.
Sebelum itu, Abdul Khalim turun padang menyaksikan Operasi Bersepadu Membanteras Penerokaan Haram di Hutan Simpan Relai, Ladang Serasa di sini pada Isnin.
Operasi tersebut turut melibatkan kerjasama seramai 81 anggota dari Jabatan Perhutanan Kelantan; Pejabat Tanah dan Galian, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan, Abdul Khalim berkata, Kelantan sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT) yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN).
"Kita tidak pernah melebihi catuan tebangan sebagaimana dibenarkan iaitu 3,900 hektar setahun.
“Malah pembalakan hanya dilakukan di hutan pengeluaran, bukannya hutan perlindungan,” katanya.
Artikel asal disiarkan Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#pembalakan baik untuk harimau
#Kelantan
#Abdul Khalim Abu Samah
#Jabatan Perhutanan Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan