Desakan pembangkang yang menuntut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah Mohamad Nazaruddin Sabtu agar meletakkan jawatan kerana dikatakan tidak mampu menjalankan tugas, adalah sangat melampau.
Ketua Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah Hasnan Abd Malek berkata tuduhan itu juga sebenarnya bertujuan meraih keuntungan politik parti pembangkang bagi mengganggu kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Aminuddin Harun.
Hasnan, yang juga Pengerusi MPKK dalam DUN Pilah, berkata pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada Mohamad Nazaruddin bahkan beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya (Mohamad Nazaruddin) dan beliau juga masih mampu menghadiri program yang dianjurkan MPKK.
"Kesihatan beliau bertambah baik... kami amat yakin beliau mampu menggalas tanggungjawab dengan lebih berkesan lagi dengan sokongan dari kami.
"Saya amat yakin tuntutan supaya Adun Pilah meletakkan jawatan yang diadakan di Wisma Negeri baru-baru ini adalah berniat jahat dan atas kepentingan pihak tertentu... serangan dalam media sosial juga tidak menggambarkan keadaan sebenarnya," katanya dalam sidang media Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Hasnan berkata, ketidakhadiran Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu negeri itu pada pagi ini adalah disebabkan beliau mempunyai urusan di Seremban.
Selasa lepas, kira-kira 50 orang Pemuda UMNO Negeri Sembilan mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk Wisma Negeri bagi mendesak Mohamad Nazaruddin meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugasnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penutupan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah, Hasnan berkata ia bukanlah selama seminggu seperti yang tular dalam media sosial Facebook sebelum ini, sebaliknya penutupan hanya selama dua hari.
"Pejabat hanya tutup dua hari. Ia disebablan pelantikan pegawai khas baharu, jadi pihak DUN menstruktur semula pengurusan.
"Pejabat ini juga masih diuruskan oleh Mohamad Nazaruddin dibantu empat pegawai pejabat, mana ada keluarga uruskan itu semua khabar angin," katanya.
Terdahulu, 23 MPKK DUN Pilah bersama wakil PKR Cabang Pilah menyatakan sokongan mereka kepada Adun Pilah Mohamad Nazarudin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 29 2019
Selasa lepas, kira-kira 50 ahli Pemuda UMNO Negeri Sembilan mengadakan demonstrasi di hadapan pintu masuk Wisma Negeri mendesak Mohamad Nazaruddin (gambar) meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pembangkang disifatkan melampau desak Adun Pilah letak jawatan
Tuduhan itu juga sebenarnya bertujuan meraih keuntungan politik parti pembangkang bagi mengganggu kestabilan Kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Aminuddin Harun.