awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Cakra Khan, Hafiz Suip antara artis undangan Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik

Bernama
Bernama
13/03/2019
07:56 MYT
Pembangkang isytihar harta, munasabah - Penganalisis politik
Prof. Dr Zaid Ahmad berkata ini barat langkah mudah untuk menzahirkan komitmen seseorang pemimpin. Gambar fail
Gesaan kepada pemimpin pembangkang supaya membuat pengisytiharan harta secara terbuka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan adalah munasabah. Langkah itu dilihat penting dalam konteks 'public perception' sebagai bukti ketelusan, integriti dan kesediaan seseorang pemimpin atau wakil rakyat daripada kerajaan atau pembangkang untuk memikul amanah yang diberi. Menegaskan demikian, penganalisis politik dan profesor di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Zaid Ahmad berkata ini barat langkah mudah untuk menzahirkan komitmen seseorang pemimpin. Walaupun boleh diwajibkan setiap anggota parlimen berbuat demikian (isytihar harta secara terbuka), namun sebenarnya ia tindakan yang bersifat sukarela dan lebih kepada sikap bertanggungjawab pemimpin itu sendiri, katanya. "Sebagai contoh, sekiranya, ada pemimpin yang enggan mengisytiharkan hartanya pasti akan menimbulkan persepsi dan persoalan dalam kalangan rakyat seperti ada perkara yang cuba diselindungkan oleh pemimpin itu," katanya. "Orang (rakyat) mahu melihat ketelusan dan keikhlasan seorang pemimpin itu dan ia juga menunjukkan kesediaannya untuk dikritik dan dinilai oleh rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini. Pada sidang Parlimen semalam, Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih dan perbahasan Titah Diraja sebagai pencadang, menggesa tindakan pengisytiharan harta secara terbuka itu turut dilakukan oleh pemimpin pembangkang khususnya daripada UMNO dan PAS bagi menjamin integriti dan akauntabiliti seseorang pemimpin itu. Sebelum ini, kerajaan Pakatan Harapan (PH) mewajibkan semua menteri Kabinet dan anggota Parlimen termasuk isteri dan anak mereka untuk membuat perisytiharan harta selepas membentuk kerajaan tahun lalu. Tindakan itu, selaras dengan janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas yang berjanji untuk mewajibkan kesemua anggota Dewan Rakyat, Dewan Negara dan pegawai kerajaan berpangkat Jusa C ke atas membuat pengisytiharan aset dan pendapatan. Mengulas lanjut, Zaid berkata langkah pengisytiharan harta secara terbuka itu juga boleh digunapakai kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN). "ADUN pun wajar berbuat demikian (isytihar harta secara terbuka). Di mata rakyat pemimpin masyarakat harus 'clean' dan dilihat 'clean', kerana mereka juga memikul amanah yang sama," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN
#anggota parlimen
#harta
#PAS
#pembangkang
#penganalisis politik
#politik
#Prof Dr Zaid Ahmad
#SPRM
#UMNO
#UPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan