Pengakuan blok pembangkang kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak dapat ditumbangkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang membuktikan keyakinan rakyat amat tinggi terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, pengakuan pembangkang itu juga menunjukkan kerajaan BN khususnya UMNO terbukti berjaya membela nasib rakyat dan negara.
"Pentadbiran Najib dapat diterima umum termasuk bukan Melayu yang menaruh keyakinan terhadap keupayaan kerajaan menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.
"Walaupun rakyat berdepan dengan krisis ekonomi dan kos sara hidup, tetapi mereka percaya kerajaan BN mampu mencari penyelesaian yang terbaik," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya, baru-baru ini.
BACA: Anggota DAP harus salahkan diktator mereka - Tengku Sariffuddin
BACA: Tun Mahathir tidak seharusnya lupa tindakan memenjarakan seterunya - Salleh
Beliau mengulas pengakuan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa pembangkang gagal meyakinkan rakyat penyelesaian kepada masalah-masalah yang membelenggu masyarakat dan negara.
Iskandar dalam satu kenyataannya seperti disiarkan sebuah portal berita dipetik sebagai berkata kegagalan kerajaan BN belum cukup untuk menjadi faktor kekalahan parti pemerintah pada PRU akan datang.
"Rakyat hari ini semakin bijak dan pembangkang tidak boleh sekadar memainkan isu-isu sahaja tetapi rakyat mahu melihat dengan terang dan jelas bagaimana negara ini akan ditadbir jika pembangkang diberi kuasa," kata pemimpin kanan Pas itu.
Lagipun kata Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, blok pembangkang sehingga kini masih tidak mampu memberi alternatif kearah penyelesaian masalah rakyat sebaliknya menggunakan isu tersebut sebagai modal politik memburukkan kerajaan.
"Secara realitinya, rakyat tidak yakin terhadap gerakan pembangkang di negara ini sebaliknya tetap memberi sokongan padu kepada pentadbiran kerajaan yang ada sekarang.
"Rakyat tidak selamanya boleh lena dengan sogokkan dan bahan fitnah pembangkang yang dilihat lebih ghairah menjanjikan 'bulan dan bintang' untuk menarik sokongan," tegasnya.
Mengulas lanjut, Syed Ali memberitahu blok pembangkang termasuk parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan sememagnya menyedari mereka tidak berupaya menumbangkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri.
Oleh sebab itu katanya, serangan pembangkang terhadap UMNO terutamanya hanya berkisar kepada isu-isu lapuk dikitar semula dan serangan fitnah yang disasarkan terhadap Najib dan keluarga.
Malah tegas beliau, Pakatan Harapan yang didokong DAP, PKR, Amanah dan Bersatu seolah-olah seperti memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik simpati rakyat.
"Sungguh menyedihkan bagaimana Tun Dr Mahathir sengaja diheret ke merata tempat dalam usaha pembangkang mengemis sokongan menerusi ceramah-ceramah politik," ujarnya.
Pas telah mengambil pendirian untuk tidak bergabung dalam Pakatan Harapan kerana menyedari parti itu telah diperalatkan DAP yang sebelum ini bergabung dalam Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun tegas beliau, BN dan UMNO tidak boleh mengambil pendekatan berpeluk tubuh kerana ancaman pembangkang tidak dapat diduga.
"Kita jangan seronok dengan kekuatan yang ada, dalam PRU semua kemungkinan boleh terjadi, UMNO perlu bersiap-siaga dengan komponen BN turut menyantumi rakyat secara lebih berhemah," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mengingatkan betapa DAP tidak akan memberi peluang kepada kaum lain selain Cina untuk mentadbir parti itu sepertimana berlaku sekarang.
"DAP adalah sebuah parti perkauman membudayakan fahaman diktator dengan berterusan mengekalkan dinasti Lim Kit Siang menguasai parti tersebut," tegasnya.
Astro Awani
Wed Jul 05 2017
Pengakuan pembangkang kerajaan BN tidak dapat ditumbangkan pada PRU akan datang membuktikan keyakinan rakyat terhadap Datuk Seri Najib. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.