Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara seterusnya mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana Pakatan Harapan yang diterajui DAP dilihat tidak mampu untuk melakukannya kerana dalam perlembagaan DAP sendiri, tidak pernah mengakui Islam sebagai agama persekutuan.
"Perlembagaan DAP secara zahirnya mahu menjadikan negara ini sama rata dan pemimpin mereka seringkali menyatakan Malaysia adalah negara sekular...apa jaminan mereka untuk mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
"Yang menerajui Pakatan Harapan pula adalah DAP, jadi kita kena lihat asal usul perjuangan mereka," katanya kepada pemberita selepas Program Multaqa Murabbi Ummah Peringkat negeri Pahang di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad.
Asyraf berkata parti PAS pula yang selama ini dikatakan memperjuangkan Islam, hanya bertanding 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum nanti, sedangkan untuk memastikan agenda Islam berterusan, ia memerlukan satu parti yang mempunyai kuasa politik yang kuat untuk mentadbir negara.
"Kita tidak menafikan perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam, tetapi dalam masa yang sama mereka juga tidak boleh menafikan perjuangan untuk membangunkan dan memartabatkan Islam 60 tahun sebelum ini turut dilakukan oleh UMNO.
"Sebab itu selagi BN memerintah negara ini, hak agama Islam akan terus dipertahankan, hak agama lain kita hormati sekali gus ia dapat memastikan keharmonian negara ini dapat terus dikekalkan.
"Itu antara faktor negara luar mengiktiraf Malaysia dan menjadikan negara kita sebagai contoh negara Islam yang sebenar dan berjaya menjamin kemakmuran," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Asyraf Wajdi berkata, kerajaan persekutuan menyediakan peruntukan sebanyak RM564.9 juta bagi imbuhan imam, guru takmir dan guru kafa di seluruh negara untuk tahun ini.
Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk bantuan one-off diumumkan Perdana Menteri semasa bajet lalu iaitu sebanyak lebih RM94 juta untuk diagihkan kepada pegawai masjid seperti bilal dan tok siak.
Katanya, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerima peruntukan RM47 juta tahun ini bagi bayaran imbuhan imam, guru takmir dan guru Kafa dan jumlah itu tidak termasuk pemberian one-off sebanyak RM8.226 juta seperti diumumkan perdana menteri semasa bajet.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 12 2018
ASYRAF WAJDI: Selagi BN memerintah negara ini, hak agama Islam akan terus dipertahankan, hak agama lain kita hormati sekali gus ia dapat memastikan keharmonian negara ini dapat terus dikekalkan. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.
Mara sasarkan jualan usahawan RM100 juta di MIHAS Dubai
Mara menyasarkan untuk meraih potensi jualan mencecah RM100 juta melalui penyertaan 17 usahawan Program Gate to Global (GTG) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Dubai.
'You touch you go!' - Asyraf Wajdi ingatkan jangan sorok kes buli di MRSM, IPMa
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan agar tindakan tegas diambil ke atas pengetua terbabit, jika terdapat kes buli yang 'disorokkan'.
Ramli Mohd Nor jadi Orang Asli pertama angkat sumpah ahli MKT UMNO
Jelas beliau, Ramli menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai ahli MKT UMNO.
Jangan angkuh, bongkak dengan kemenangan di DUN Mahkota - MKT UMNO
MKT juga berpandangan kemenangan di DUN Mahkota memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.