awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Nur Farah Kartini: AGC tolak representasi Lans Koperal
Skandal rasuah ATM: Siasatan tidak terhad kes tertentu - Azam Baki
Rayuan Najib untuk hidupkan semula saman terhadap Tommy Thomas ditolak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
14/12/2021
12:47 MYT
Pembangkang tidak sokong pindaan RUU Akta 342 - Anwar
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibimbangi membuka ruang kepada gejala rasuah dan salah guna kuasa. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Barisan blok pembangkang tidak akan menzahirkan sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021.
Menurut Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan ahli-ahli Parlimen serta suara rakyat yang bimbang berhubung jumlah kompaun yang keterlaluan.
“Setelah memperinci keseluruhan RUU ini, mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen dan respon rakyat yang sangat gusar dengan jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan.
"Perkara itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan ‘antara dua darjat’, saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyatakan telah memaklumkan keputusan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa telah mencadangkan lima peruntukan baharu terhadap RUU berkenaan.
BACA: RUU Pindaan Akta 342: Naikkan kadar kompaun, ada syarikat lakukan kesalahan berulang - Dr Noor Hisham
BACA: Pindaan Akta 342: Syarikat langgar SOP boleh dikompaun hingga RM1 juta - Khairy
BACA: RUU Pindaan Akta 342: Perlu diluluskan segera demi pengawalan COVID-19 - Dr Noor Hisham
Ini merangkumi 10 seksyen di bawah Akta 342 yang akan ditambah baik bagi memastikan kesinambungan pengawalan dan pencegahan COVID-19 di negara ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#Akta 342
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan