PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan pindaan Rang Undang-Undang Akta 342 (2021) amat penting dalam memastikan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan terutama melibatkan syarikat.
Ujarnya, sejak Ordinan Darurat digunakan sebelum ini, banyak kes kesalahan berulang melibatkan kluster di syarikat-syarikat tertentu.
"Banyak kes kesalahan berulang dan kluster. Ini ada dua tiga kali kluster dikesan di tempat-tempat syarikat (yang sama) tersebut... bererti tindakan sepatutnya dijalankan, tidak dijalankan.
"Ini kita kena lihat supaya boleh tingkatkan amaun dan kadar kompaun tersebut," jelasnya.
Tambah Dr Noor Hisham, menerusi pindaan baharu Akta 2021 itu dijangka dapat memberi pengajaran dalam mencegah dan mengawal COVID-19.
"Kalau kes (berkaitan) garis panduan akan kita cadangkan nanti. Contohnya, kes berulang seperti kluster dalam syarikat menyebabkan ramai kematian, dan penambahbaikan dicadangkan dalam syarikat itu tidak diambil.
"Mungkin kita akan ambil tindakan denda RM1,000 mengikut Akta 342 (yang lama).
"Justeru, kita perlu asingkan individu dan syarikat. Kita kena lihat jumlah yang patut kita kenakan," jelasnya lagi.
Ujar Dr Noor Hisham, beberapa implikasi penilaian risiko akan dijalankan bagi menentukan nilai denda kepada sesebuah syarikat itu.
Mengikut cadangan KKM, nilai kompaun dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1 juta bagi sesuatu pertubuhan perbadanan di bawah pindaan Seksyen 25 (Akta 342).
Manakala bagi kesalahan individu pula akan ditentukan suatu jumlah wang yang tidak melebihi RM10,000 berbanding RM1,000 sebelum ini.
Fareez Azman
Tue Dec 14 2021

Sejak Ordinan Darurat digunakan sebelum ini, banyak kes kesalahan berulang melibatkan kluster di syarikat-syarikat tertentu. - Gambar fail

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC
Menyamar kemudian perdaya, anda perlu hati-hati 4 helah ini - MCMC

Produk aiskrim Haagen-Dazs perisa vanilla dari pasaran Eropah ditarik balik - KKM
KKM memaklumkan produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs berperisa Vanilla dari pasaran Eropah telah ditarik balik daripada dipasarkan di negara ini.

Tindakan penguatkuasaan mengikut Akta 804 terhadap pengamal pergigian haram
Seksyen 62(1) Akta 804 memperuntukkan larangan menjalankan amalan pergigian oleh seseorang yang tidak didaftarkan di bawah Akta 804.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.

COVID-19: Kes kematian meningkat 22.4 peratus, jangkitan naik 0.8 peratus
Trend kes aktif harian COVID-19 mencatatkan peningkatan 2.2 peratus kepada 66,182 berbanding minggu sebelumnya.

Kerajaan lulus vaksin COVID-19 Spikevax untuk individu 12 tahun ke atas
Vaksin COVID-19 Spikevax keluaran Rovi Pharma Industrial Services di Sepanyol diberikan kelulusan bersyarat untuk kegunaan individu berusia 12 tahun ke atas, kata Ketua Pengarah Kesihatan.

Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, keperluan vaksinasi bagaimanapun masih tertakluk kepada ketetapan syarikat penerbangan.

KKM rampas produk farmaseutikal tidak berdaftar bernilai lebih RM2.5 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah merampas produk farmaseutikal tidak berdaftar dianggarkan berjumlah RM2,652,500 serta mengesan 2,438 pautan di laman sesawang menjual produk farmaseutikal tidak berda

KKM laksanakan tinjauan kesihatan mulut, dapatkan data kesihatan pergigian
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan tinjauan kesihatan mulut untuk orang dewasa di seluruh negara bagi data kesihatan pergigian serta bebanan penyakit pergigian dalam kalangan warganegara.

Buli di tempat kerja tingkat risiko kesihatan, lemahkan prestasi
Kes buli di tempat kerja menyumbang kepada pelbagai masalah, termasuk peningkatan risiko kesihatan dan melemahkan prestasi kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: Kes baharu meningkat 23.4 peratus pada 10 hingga 16 Julai - Dr Noor Hisham
Peningkatan sebanyak 23.4 peratus berbanding ME 27/2022 iaitu 26,355 kes daripada 21,355 kes.