SEREMBAN: Inisiatif kerajaan menyalurkan sejumlah peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam baharu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jempol, di sini, dilihat menjadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi yang lebih berakhlak tinggi.
Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Irwan Mohd Subri berkata, secara tidak langsung ia akan memberi ruang dan peluang lebih banyak kepada ibu bapa dalam mencari alternatif sekolah yang dirasakan terbaik untuk anak mereka.
Beliau berkata, ini kerana ibu bapa melihat pendidikan agama sebagai sokongan penting kepada sahsiah anak-anak terutama dalam menghadapi cabaran hidup pada masa akan datang.
"Pembangunan sekolah agama ini merupakan inisiatif baik kerana saya melihat masyarakat semasa boleh dikatakan memberikan respons baik daripada ibu bapa yang ingin mencari sekolah agama untuk anak mereka.
"Tidak bererti untuk melahirkan golongan ustaz atau ustazah semata-mata, tetapi bagi memastikan anak-anak mereka dibekalkan dengan benteng pendidikan Islam, dalam apa sahaja bidang kerja yang akan diterokai anak mereka nanti, ibu bapa mahu ada latar belakang agama," katanya kepada Bernama.
Kerajaan menerusi Belanjawan 2024 baru-baru ini memaklumkan, peruntukan RM220 juta bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam baharu termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Jempol, di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Datuk Roslan Hussin berkata, penubuhan SMKA itu juga memberi peluang kepada anak-anak di negeri ini mendapat tempat belajar selain mewujudkan kesan berganda terutama dari sudut ekonomi penduduk setempat.
"Kita sangat yakin bahawa pendidikan Islam antara komponen untuk melahirkan karakter murid. Ibu bapa juga sangat terbuka dan anak anak mereka berada dalam sistem pendidikan Islam, bukan kata sistem lain tak baik, tapi mahu ilmu dunia dan agama seimbang," katanya menambah terdapat tiga SMKA di negeri ini setakat ini.
Beliau berkata, ia juga bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu membina tamadun hebat yang lahir daripada manusia terdidik.
Mengenai projek berkenaan, beliau berkata, ia telah diluluskan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan setakat ini ia berada di peringkat kajian tapak dan tanah, dijangka disiapkan dalam tempoh lima tahun.
Guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Agama Mohd Yatim, Rembau Nurhazreen Abd Kadir berkata, inisiatif kerajaan itu memberi lebih keyakinan kepada masyarakat dengan silibus pendidikan yang mampu melahirkan murid seimbang selain sebagai medan gabungan tenaga guru-guru yang mengajar aliran sains, sastera dan agama untuk bersama-sama mendidik anak-anak.
"Penubuhan SMKA ini turut menampung peningkatan permintaan ibu bapa terhadap sekolah aliran agama. Ia sekali gus mampu bersaing dengan sekolah aliran perdana dan sekolah berasrama penuh walaupun terdapat perbezaan dari jumlah subjek yang dipelajari," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
Irwan berkata, inisiatif kerajaan salur peruntukan secara tidak langsung memberi ruang dan peluang lebih banyak kepada ibu bapa dalam mencari alternatif sekolah yang dirasakan terbaik untuk anak mereka. - Gambar fail/USIM
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Mexico
Saintis iklim Mexico dan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Ahad sebagai calon gabungan "Let's Keep Making History".
Malaysia seru sokong cadangan Biden untuk akhiri konflik Gaza
Malaysia menyeru pihak-pihak berkaitan untuk menerima dan berusaha ke arah pelaksanaan penuh cadangan terkini oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, untuk menamatkan kekejaman Israel di Gaza.
Remaja 14 tahun maut akibat langgar lari di Nilai
Seorang remaja lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan di Batu 9 Jalan Labu, Nilai pada 6.45 pagi tadi.
Tumpuan Selasa – 04 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kabinet Mesir letak jawatan, PM Mesir dilantik semula untuk bentuk kerajaan baharu
Perdana Menteri Mesir, Mostafa Madbouly telah menyerahkan surat peletakan jawatan Kabinetnya pada Isnin.
Penuntut IPTA ditemui lemas di kolam ikan
Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di daerah ini ditemukan lemas selepas mandi di kolam ternakan ikan di tapak perkhemahan Aminah Rahmat Agrofarm di sini, hari ini.
AWANI Tonight: 3 June 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Malaysia committed to creating disaster-resilient cities - Minister
2. Parallel Pathway: Reforms needed to boost numbers of medical specialists
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Malaysia committed to creating disaster-resilient cities - Minister
2. Parallel Pathway: Reforms needed to boost numbers of medical specialists
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Ringkas: Gugur Keahlian Bersatu | Jurusan Kejururawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: Claudia Sheinbaum becomes Mexico’s first woman president
Claudia Sheinbaum is set to become Mexico’s first woman president, following a landslide victory based on preliminary results.
AWANI Tonight: Pushing for reforms to boost specialist numbers
The parallel pathway programme and possible legal amendments will be brought to the Cabinet this week. Ipoh Timur MP Howard Lee weighs in on the need to facilitate the programme alongside university Master’s programmes to address a shortage of doctors.
Pembangunan institusi pendidikan Islam bantu lahirkan manusiawi berakhlak tinggi
Inisiatif kerajaan salur peruntukan bagi pembangunan dua institusi Pendidikan Islam jadi batu loncatan dalam melahirkan manusiawi berakhlak tinggi.