awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Mexico

Bernama
Bernama
03/06/2024
15:22 MYT
Claudia Sheinbaum isytihar kemenangan dalam Pilihan Raya Presiden Mexico
Sheinbaum menyampaikan ucapan penerimaan pada awal pagi Isnin selepas Institut Pilihan Raya Nasional mengeluarkan keputusan kiraan pantasnya. - Gambar Reuters/Raquel Cunha
MEXICO CITY: Saintis iklim Mexico dan bekas Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden pada Ahad sebagai calon gabungan "Let's Keep Making History".
Sheinbaum menyampaikan ucapan penerimaan pada awal pagi Isnin selepas Institut Pilihan Raya Nasional mengeluarkan keputusan kiraan pantasnya.
Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau menang dengan antara 58.3 peratus dan 60.7 peratus undian, lapor agensi berita Xinhua.
Sheinbaum, 61, akan menjadi presiden wanita pertama Mexico dalam lebih daripada 200 tahun kemerdekaannya.
Calon pembangkang Xochitl Galvez meraih antara 26.6 peratus dan 28.6 peratus undian, dan mengakui kekalahan kepada pesaing daripada parti pemerintah, Sheinbaum, pada hari Isnin.
Satu-satunya calon lelaki, Jorge Alvarez Maynez, yang mewakili parti Gerakan Warganegara, menerima antara 9.9 peratus dan 10.8 peratus undian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembangkang
#calon gabungan
#pilihan raya presiden
#parti pemerintah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan