awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia dilantik Presiden UNHRC 2026
Rusia lancar peluru berpandu hipersonik 'Oreshnik' ke atas Ukraine
Amaran ribut petir di empat negeri, Wilayah Persekutuan hingga 7 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangunan nadir bumi, tenaga nuklear antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini

Bernama
Bernama
19/11/2025
00:30 MYT
Pembangunan nadir bumi, tenaga nuklear antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Selepas sesi soal jawab lisan, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat jawatankuasa. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pembangunan industri nadir bumi (REE) dan tenaga nuklear antara dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) bertanyakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai cabaran yang dihadapi bagi membangunkan industri REE negara pada sesi soal jawab lisan.
Beliau juga ingin tahu perancangan dan pendekatan kerajaan untuk mengatasi cabaran-cabaran itu supaya dapat membuka potensi nadir bumi yang tersimpan dalam bumi Malaysia dianggarkan bernilai RM747 bilion.
Tan Hong Pin (PH-Bakri) pula meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan kebersediaan negara dalam membangunkan tenaga nuklear serta tahap penerimaan rakyat terhadap sains dan teknologi nuklear selain perancangan memperluas program advokasi kepada masyarakat.
Beliau turut bertanyakan rancangan kerajaan meningkatkan keupayaan pelbagai agensi dalam menangani krisis berkaitan tenaga nuklear.
Mesyuarat Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Dis ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Rang Undang-Undang
#nadir bumi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan