awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu bot hilang sejak seminggu lalu

Sinar Harian
Sinar Harian
30/07/2023
01:00 MYT
Pembantu bot hilang sejak seminggu lalu
Kehilangan mangsa turut ditularkan di media sosial dan usaha mengesannya sedang dilakukan.
PAPAR : Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan seorang pembantu bot sejak seminggu lalu supaya tampil untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa dikenali sebagai Sefuan Taha, 33, bekerja sebagai pembantu bot di Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu.
Menurutnya, mangsa keluar dari rumahnya di Taman Pengalat Besar Papar untuk ke tempat kerja pada pagi 23 Julai lalu dan sehingga kini belum pulang.
"Mangsa juga tidak dapat dihubungi dan sehingga kini masih tidak dapat dipastikan di mana keberadaannya.
"Siasatan di tempat kerja juga mendapati, mangsa meninggalkan tempat kerjanya dengan menaiki motosikal pada jam 3.30 pagi,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kamaruddin berkata, hasil temu bual dengan pengadu, dia ada berhubung dengan mangsa pada jam 5.50 petang 23 Julai lalu, namun sehingga kini tidak lagi dapat dihubungi.
"Usaha mencari dan mengesan mangsa sedang giat dilakukan oleh rakan sekerja, ahli keluarga dan pihak polis," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pembantu bot hilang
#Jeti Sutera Harbour Kota Kinabalu
#Taman Pengalat Besar Papar
#Sefuan Taha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan