awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu dapur bunuh kawan baik terlepas tali gantung

Bernama
Bernama
22/08/2023
10:32 MYT
Pembantu dapur bunuh kawan baik terlepas tali gantung
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah turut memerintahkan Sam Chai Ewon, 42, dikenakan 12 sebatan. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang pembantu dapur yang disabitkan kesalahan membunuh rakan baiknya terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 35 tahun.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah turut memerintahkan Sam Chai Ewon, 42, dikenakan 12 sebatan.
Semasa menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hadhariah berkata sabitan Sam bagi kesalahan membunuh adalah selamat untuk dikekalkan dan mahkamah menolak rayuannya terhadap sabitan kesalahannya.
Beliau berkata perbuatan Sam yang menyebabkan kematian Kamal Long adalah kejam.
Mengenai hukuman, hakim itu bagaimanapun mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Sam dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dan 12 sebatan.
Sam didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Okt 2021 kerana membunuh Kamal, 50, seorang penyelamat di koridor kuarters pekerja Awana Sri Layang di Genting Highlands di Bentong, Pahang pada 10.30 malam, 4 Okt 2017. Dia telah dijatuhi hukuman mati.
Seorang pekerja di resort itu memberi keterangan dalam perbicaraan bahawa dia melihat Sam menendang muka dan rusuk serta memijak dada dan muka Kamal, menyebabkannya terhantuk di dinding. Saksi itu mendakwa Sam "seperti menendang bola".
Dalam pembelaannya, Sam berkata Kamal, yang merupakan rakan sebiliknya, sekali-sekala mencuri barang-barangnya dan pada malam kejadian, dia dan simati yang dikatakan mempunyai hubungan baik, mabuk setelah minum arak di bilik mereka.
Selepas pulang dari tandas, Sam menyedari telefon bimbitnya hilang dan mendakwa Kamal telah mengambilnya.
Dia marah dan bertindak memukul Kamal setelah rakannya itu memberitahu tidak tahu mengenai telefon bimbit tersebut.
Peguam Nik Mohamd Ikhwan Nik Mahamud, yang dilantik oleh mahkamah mewakili Sam, memohon mahkamah meringankan hukuman anak guamnya kepada penjara dengan mengatakan Sam tidak berniat menyebabkan kematian rakan baiknya dan dia hanya mahu mencederakannya.
Beliau berkata ia adalah kesilapan di pihak anak guamnya, yang telah melakukan keganasan dan bukannya menyelesaikan pertikaian itu.
Timbalan Pendakwa Raya Parvin Hameedah Natchiar berhujah bahawa saksi yang melihat Sam memukul, menendang dan mencederakan si mati telah diberi amaran oleh Sam supaya tidak campur tangan.
Beliau berkata tindakan Sam pada waktu itu yang menyebabkan kematian rakannya sambil menambah bahawa pakar forensik Hospital Kuala Lumpur memberi keterangan bahawa Kamal mengalami pendarahan serius di otaknya yang mengakibatkan kematiannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh
#bunuh kawan baik
#terlepas hukuman mati
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan