awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu makmal bunuh rakan sekerja didakwa

Bernama
Bernama
17/07/2018
04:22 MYT
Pembantu makmal bunuh rakan sekerja didakwa
Abdul 'Azhim ketika direman pada 12 Julai lalu. - Sinar Harian/Fail
Seorang pembantu makmal Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di sini dihadapkan di Mahkamah Telok Datok, Banting atas pertuduhan membunuh seorang pembantu tadbir kolej sama, Rabu lepas.
Abdul 'Azhim Mohamad, 28, didakwa menyebabkan kematian Zaimah Mahmod, 57, di kolej berkenaan di Jalan Sultan Abdul Samad antara 1.30 tengah hari dan 3 petang pada 11 Julai lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Mohd Isa Md Nor menetapkan 17 Ogos untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen perubatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Nadia Basri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan Abdul 'Azhim dipercayai menikam menggunakan pisau dan mencekiknya sebelum menelefon polis untuk memberitahu dia telah membunuh wanita berkenaan.
Polis menemui mayat wanita itu bersama Abdul 'Azhim di dalam stor pejabat pentadbiran kolej itu. -- Bernama
BACA: Pembantu tadbir kolej vokasional maut dipercayai dibunuh rakan sekerja
BACA: Suspek kes cekik dan tikam rakan sekerja kuat menyindir direman 7 hari
Topic Berkaitan
#Banting
#bunuh
#Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad
#pembantu makmal
#rakan kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan