awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'

Bernama
Bernama
25/01/2025
04:20 MYT
Pembantu mekanik maut dihempap pemberat getah mesin 'conveyer'
Seorang pembantu mekanik maut selepas dihempap pemberat getah mesin 'conveyer' di sebuah kuari di Mukim Jerus Selising, Pasir Puteh pada Jumaat. - Foto IPD Pasir Puteh
KOTA BHARU: Seorang pembantu mekanik maut selepas dihempap pemberat getah mesin 'conveyer' di sebuah kuari di Mukim Jerus Selising, Pasir Puteh semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 4 petang dan segera menghantar anggota polis dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh ke lokasi kejadian.
Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, polis mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia akibat dihempap pemberat getah mesin berkenaan.
"Hasil pemeriksaan di kawasan sekitar kejadian tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Selising, Sarjan Mejar Suhaimi Abdullah menerusi talian 019-2424434 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh 09-7867222.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemberat getah mesin 'conveyer'
#pembantu mekanik maut
#Pasir Puteh
#kuari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan