awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200

Bernama
Bernama
08/02/2023
07:29 MYT
Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200
Seorang pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Tawau hari ini atas dua pertuduhan terima rasuah RM1,200 bagi melepaskan sebuah lori yang disita di Lahad Datu pada tiga tahun lepas.
TAWAU: Seorang pembantu penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan terima rasuah RM1,200 bagi melepaskan sebuah lori yang disita di Lahad Datu pada tiga tahun lepas.
Mahasan Nordin, 36, yang bertugas di unit sitaan JPJ Lahad Datu didakwa bersetuju menerima wang tunai RM1,200 daripada Tia Ngee Lun, 44, sebagai dorongan melepaskan lori syarikat Sumbermas Trading milik Tia yang disita kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) dan Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dia juga dituduh cuba memperoleh untuk diri sendiri RM1,200 daripada Tia dengan kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan antara 3.20 petang hingga 4 petang di JPJ Lahad Datu, 28 Feb 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Jason membenarkan Mahasan diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin, melapor diri setiap dua bulan sekali di SPRM Lahad Datu dan pasport diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan 8 Mac depan bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Norsham Saharom manakala tertuduh tidak diwakili peguam.c- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu penguat kuasa JPJ
#Rasuah
#Mahkamah Sesyen Tawau
#Akta SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan