KUALA TERENGGANU: Seorang Pembantu Penguat kuasa Veterinar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM35,000, tahun lepas.
Abol As Mohd Jamil, 43, yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Dia didakwa meminta rasuah RM35,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan bagi menurunkan seksyen pertuduhan kepada hukuman yang lebih ringan bagi satu kes di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus antara pukul 12.30 tengah hari hingga 1 tengah hari pada 27 Julai 2022.
Bagi pertuduhan kedua, Abol As dituduh menerima rasuah RM35,000 daripada lelaki sama untuk tujuan sama di alamat sama pada 3 Ogos 2022.
Abol As didakwa mengikut Seksyen 32(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi bagi setiap pertuduhan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Abol As diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin, pasport diserahkan kepada SPRM dan perlu melapor diri ke pejabat SPRM berdekatan setiap bulan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh dan Nur Athikah Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hazwan Hamidun.
Mahkamah menetapkan 7 Feb untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 04 2023
Pembantu Penguatkuasa Veterinar Abol As Mohd Jamil (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan meminta dan menerima suapan RM35,000 tahun lepas. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Pembantu penguat kuasa veterinar mengaku tidak bersalah terima suapan RM35,000
Seorang Pembantu Penguat kuasa Veterinar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM35,000, tahun lepas.