awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu restoran didenda RM7,000 miliki gambar dan video lucah

Bernama
Bernama
13/01/2022
11:08 MYT
Pembantu restoran didenda RM7,000 miliki gambar dan video lucah
Majistret Nadia Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas R.Pravin Menon, 49, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu restoran didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memiliki gambar dan video lucah dalam kad memori dan telefon bimbit, dua tahun lepas.
Majistret Nadia Othman menjatuhkan hukuman itu ke atas R.Pravin Menon, 49, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau enam bulan penjara atas pertuduhan memiliki 53 kandungan lucah dalam satu unit kad memori, manakala bagi kesalahan memiliki 61 kandungan lucah dalam sebuah telefon bimbit, lelaki itu didenda RM3,500 atau enam bulan penjara.
Tertuduh membayar denda itu.
Pravin Menon didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kafe di Wisma Cosway, Jalan Raja Chulan di sini pada 10.30 pagi, 27 Ogos 2020, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Terdahulu, Pravin Menon yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan kerana ini adalah kesalahan pertama selain memohon maaf atas kesilapan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Fazril Sani Mohamed Fadzil memohon mahkamah mengenakan hukuman mengikut trend kesalahan bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu restoran
#didenda
#Mahkamah Majistret
#miliki gambar lucah
#video lucah
#Telefon bimbit
#R Pravin Menon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan