MELAKA: Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan memecah masuk sebuah kediaman dan mencuri beberapa barangan melibatkan kerugian lebih RM15,000 termasuk sebuah kereta pada 3 Mac lepas.
Pembantu restoran Mohd Adib Kasim, 32, dan jurujual Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.
Mengikut pertuduhan kedua mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Hamizzuri Huri, 48, di Taman Merak, Melaka Tengah di sini pada 3 Mac lepas, sekitar 8.15 malam.
Mohd Adib dan Fais didakwa mencuri barangan berupa sebentuk cincin kahwin platinum lelaki, seutas gelang emas, rantai emas, jam tangan pelbagai jenama dengan anggaran nilai RM5,000.
Selain itu, enam beg tangan pelbagai jenama anggaran RM8,000; satu beg sandang yang mengandungi wang campuran luar negara dianggarkan RM2,000; tiga kunci motosikal bersama cukai jalan; minyak wangi anggaran RM700;
Turut dicuri alat kawalan jauh pintu pagar, polisi insurans kereta Toyota Harrier, dompet mengandungi kad bank, kad insurans, lesen memandu isteri, dua komputer riba, dua unit telefon, seunit tablet, serangkai kunci kereta dan kunci rumah anggaran nilai keseluruhan kira-kira RM2,000 dan sebuah kereta jenis Toyota Harrier.
Mohd Adib dan Fais didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda, dan jika kesalahan yang dimaksudkan hendak dilakukan itu adalah kesalahan mencuri, maka tempoh penjara itu boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun dan bagi mana-mana satu kesalahan itu kali kedua atau yang kemudian, boleh dikenakan denda dan sebat.
Ketika prosiding Timbalan Pendakwa Raya Fiqri Hakim Zamri mencadangkan tiada jaminan diberikan ke atas Mohd Adib dan Fais.
Bagaimanapun kedua tertuduh yang diwakili peguam Amrit Singh merayu agar anak guamnya diberi jaminan dengan alasan mempunyai tanggungan anak yang kecil, bekerja sebagai pembantu makanan dan jurujual selain sudah berada lama dalam tahanan.
Mohamad Izwan membenarkan kedua tertuduh dijamin RM7,000 dengan dua penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis seminggu sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan semula.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022

Pembantu restoran Mohd Adib Kasim, 32, dan jurujual Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh. - Gambar hiasan

Semangat pemain, sokongan peminat dorong TFC mara ke suku akhir
Sokongan padu peminat seolah-olah memberi penggalak tambahan kepada TFC untuk mengejar kemenangan.

Gitaris legenda Carlos Santana rebah atas pentas ketika konsert
Gitaris legenda itu sedang membuat persembahan untuk lagu pertama di Pine Knob Music Theatre sebelum rebah di atas pentas.

Wujud kedai harga rendah, bantu golongan B40, M40 tangani kos sara hidup - Pakar
Dengan mewujudkan kedai harga rendah ini, golongan B40 dan M40 dapat menerima manfaat dan penjimatan dalam perbelanjaan harian, kata Yusof.

Niaga AWANI: Automotif | Perodua optimis daftar 200,000 unit kenderaan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.

Jiwa SME | Media sosial bantu jualan topi keledar tembusi pasaran luar
COVID-19 dibaratkan sebagai ujian paling getir dihadapi peniaga kerana bukan sahaja tiada keuntungan, malah terpaksa menggunakan duit simpanan bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus bertahan. Ikuti kisah Syairazi Mohd yang menjalankan perniagaan menjual topi keledar disebalik cabaran pandemik itu.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus akan memberi impak langsung dan segera kepada pembuat pinjaman di institusi perbankan atau pemberi pinjaman kredit. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Syah Zainal Abidin berkata antara impak jangka panjang lain yang bakal dilihat termasuk penurunan kadar inflasi.

Sukan Komanwel: Tidak mustahil acara judo lakar kejutan - CDM
Misi membawa pulang pingat dalam acara judo pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan satu tugas mudah, namun ia tidak mustahil.

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector
We speak to Real Estate and Housing Developers’ Association (Rehda) Malaysia acting president Datuk Tong Nguen Khoong on the overnight policy rate (OPR) and dampening effect on the property sector.

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Banjir Baling: Penduduk kampung terjejas lega Perdana Menteri umum bantuan awal
Pada masa sama, mereka memohon kerajaan memudahkan proses untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Pembantu restoran, jurujual didakwa curi cincin kahwin dan kereta
Kedua mereka didakwa melakukan pecah rumah dengan memasuki rumah milik Mohd Hamizzuri Huri, 48, di Taman Merak, Melaka Tengah di sini pada 3 Mac lepas, sekitar 8.15 malam.