awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu restoran warga Pakistan mengaku menghendap wanita

Sinar Harian
Sinar Harian
31/01/2024
10:25 MYT
Pembantu restoran warga Pakistan mengaku menghendap wanita
Ahmed Waqar (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Pembantu restoran lelaki warga Pakistan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini pada Rabu atas tuduhan menghendap seorang wanita melalui tingkap belakang rumah.
Majistret Nabilah Nizam bagaimanapun menetapkan tarikh sebutan semula pada 26 Februari depan untuk pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Urdu.
Ia susulan terdapat keraguan pada tahap pemahaman tertuduh, Ahmed Waqar, 30, bagi pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Melayu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah berulang kali mengganggu seorang wanita tempatan berusia 30 tahun dengan menghendap melalui tingkap di belakang rumah di Bukit Beruang yang mana tertuduh sepatutnya tahu bahawa gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan terhadap mangsa.
Perbuatan tersebut dilakukan Ahmed Waqar antara jam 5.52 pagi hingga 6.10 pagi bermula 14 November 2023 sehingga 6 Disember 2023.
Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh di hukum di bawah Seksyen 507A (3) akta yang sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, sabit kesalahan.
Tertuduh yang diwakili Peguam Umar Zulkarnain merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang siasatan pihak polis.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan dua orang penjamin tempatan.
Selain itu mahkamah menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri dua kali setiap bulan di Balai Polis Ayer Keroh sehingga kes selesai. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga Pakistan
#intai wanita
#kes mahkamah
#hukuman intai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan