awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tadbir didakwa kemuka borang bayaran palsu

Bernama
Bernama
28/01/2025
06:30 MYT
Pembantu tadbir didakwa kemuka borang bayaran palsu
Penjawat awam Khairol Nizam Mohd Nopus mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengemukakan borang palsu.- Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan borang palsu berhubung bayaran perkhidmatan juru runding, tiga tahun lepas.
Mengikut pertuduhan, Khairol Nizam Mohd Nopus, 39, sebagai pembantu tadbir di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ketika kejadian), telah menggunakan satu borang permohonan untuk perolehan bekalan/ perkhidmatan/ kerja jabatan berkenaan.
Borang tersebut yang ditandatangani tertuduh pada 8 Mac 2022 mengandungi pernyataan palsu iaitu pembayaran bagi perkhidmatan Juru Runding bagi Oasis Ilmu Bahagian 3 Tahun 2022 berjumlah RM2,150, sedangkan perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kompleks Setia Perkasa, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya dekat sini, pada Mac 2022 mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selvam T Armugom mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Peguam Rejinder Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang kini berkhidmat di jabatan lain menanggung isteri dan tiga orang anak yang masih bersekolah.
Hakim Azura Alwi membenarkan Khairol Nizam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembantu tadbir
#kemuka borang palsu
#bayaran perkhidmatan juru runding
#Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan