awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000

Sinar Harian
Sinar Harian
07/02/2024
03:55 MYT
Pembantu tadbir direman empat hari disyaki terima rasuah RM16,000
Tempoh reman terhadap wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi ini. - Foto SPRM
KUALA SELANGOR: Seorang pembantu tadbir sebuah Pejabat Tanah dan Daerah di negeri ini direman empat hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM16,000 bagi kelulusan pecah bahagian tanah, dua tahun lalu.
Tempoh reman terhadap wanita berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Hajar Ali di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dekat sini pagi ini.
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah daripada tiga pemilik tanah yang mahu memohon kelulusan pecah bahagian tanah.
"Siasatan awal mendapati wanita itu meminta dan menerima wang rasuah yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi miliknya pada 2022," katanya hari ini.
Sumber memberitahu, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Selangor kira-kira jam 2 petang semalam.
Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap jingga tiba di mahkamah kira-kira jam 8.20 pagi.
Suspek diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Jeanne Francis.
Siti Hajar membenarkan reman terhadap wanita itu sehingga Sabtu ini selepas SPRM membuat permohonan terbabit.
Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pembantu tadbir
#SPRM Selangor
#Rasuah
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan