awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000

Bernama
Bernama
04/02/2025
13:01 MYT
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pembantu tadbir kewangan sebuah jabatan kerajaan negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bagi penginapan hotel berjumlah RM20,000.
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Menurut sumber, suspek disyaki mengemukakan 23 resit palsu bagi tuntutan penginapan hotel atas nama empat individu sedangkan kesemua penama berkenaan tidak pernah menginal di hotel terbabit.
"Resit palsu ini menggunakan nama beberapa hotel beroperasi di negeri ini.
"Suspek juga dipercayai menggunakan aplikasi dalam talian bagi menghasilkan resit palsu yang terlibat dalam tuntutan tersebut," menurut sumber itu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#pembantu tadbir kewangan
#tuntutan palsu
#penginapan hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan