awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga lelaki berkonvoi pulang dari Thailand antara ditahan AADK
9 terbunuh dalam serangan semasa sambutan ambang tahun baharu di Nigeria
Bursa Malaysia rendah pada sesi awal seiring Wall Street, tiada pemangkin baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembayar cukai boleh guna e-Filing mulai 1 Mac

Bernama
Bernama
24/02/2015
13:26 MYT
Pembayar cukai boleh guna e-Filing mulai 1 Mac
Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan
Pembayar cukai boleh mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) tahun taksiran 2014 mereka melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, BT, P,M, MT, TP, TF dan TJ mulai 1 Mac ini.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan di sini pada Selasa memaklumkan tarikh akhir pengemukaan BNCP tahun taksiran 2014 secara borang kertas (manual) bagi borang E adalah pada 31 Mac; borang BE, BT, M, MT, TP, TF dan TJ bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan (30 April); borang B, P, BT, M, MT, TP, TF dan TJ bagi individu yang menjalankan perniagaan (30 Jun).
"Pembayar cukai diminta segera mengemukakan BNCP mereka dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.
e-Filing merupakan aplikasi percuma yang disediakan oleh LHDN untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik melalui internet.
Aplikasi ini boleh dicapai terus melalui laman web ezHASiL di pautan htpps://ez.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.
Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436.
Topic Berkaitan
#BNCP
#Borang Nyata Cukai Pendapatan
#e-filing
#LHDN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan