KUALA LUMPUR :Pembayaran Fasa Kedua Bantuan Prihatan Nasional (BPN) 2.0 kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat pada Januari 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40.
“Setakat ini, pembayaran Fasa Pertama sejumlah RM4.5 bilion telah berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi 7 juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.
“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian telah mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020. Tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 telah berakhir pada 15 November 2020.
“Sehubungan itu, pembayaran Fasa Kedua berserta bayaran kepada permohonan baru dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya ketika membentangkan Laporan LAKSANA ke-30 secara maya menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa.
Tambah beliau, kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan berjumlah RM912 juta kepada 304,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui Geran Khas PRIHATIN (GKP).
“Bagi program Subsidi Upah, setakat 13 November 2020, sebanyak RM148.22 juta telah dibelanjakan bagi membantu sebanyak 30,492 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan seramai 247,035 pekerja,” ujarnya.
Ridauddin Daud
Tue Nov 24 2020
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai 10.6 juta rakyat akan mendapat bantuan tersebut dengan 7.5 juta penerima B40 dan 3.1 juta penerima M40. - Gambar fail
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Tun Daim banyak bakti kepada negara - Fahmi
Allahyarham Tun Daim Zainuddin banyak berbakti kepada negara terutamanya ketika krisis kewangan pada dekad 1980-an, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzli.
Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak dalam memperkasa Ekonomi MADANI - Amir Hamzah
Kerajaan akan terus memperkasakan Ekonomi MADANI dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan cadangan daripada semua pihak.
Ringgit dijangka kukuh ke paras RM4.50 hujung tahun ini - Amir Hamzah
Perkembangan tersebut berdasarkan analisa perbankan yang melihat pertumbuhan positif ekonomi negara selain keyakinan pelabur terhadap syarikat tempatan.
PM Anwar kekal pendirian tidak ambil gaji
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal dengan pendirian tidak akan mengambil gaji bagi jawatan yang disandangnya sejak November 2022 itu selagi ekonomi negara tidak pulih sepenuhnya.
Skim gaji baharu penjawat awam akan diumum sebelum akhir 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata skim gaji baharu untuk penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun hadapan.
Usul lantikan wakil Sabah, Sarawak dalam LHDN tidak berdepan masalah
Kerajaan tidak berdepan sebarang masalah untuk membentangkan usul melantik wakil dari Sabah dan Sarawak sebagai anggota dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Premis kerajaan dicadang guna beras import bersubsidi
Mohamad berkata langkah itu dijangka dapat mengembalikan sejumlah besar beras tempatan ke pasaran, kerana penggunaan premis berkenaan terhadap beras tempatan buat masa ini, adalah tinggi.
Dewan Rakyat bincang isu wang tidak dituntut hari ini
Sidang Dewan Rakyat akan bincang mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut.
Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun.
Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.