awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
SUKAN
Qatar tuan rumah perlawanan akhir Piala Konfederasi FIFA 2025
MALAYSIA
Mayat mangsa diserang buaya ketika memancing ditemukan di Sungai Maong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pembayaran insentif kepada pesawah selesai sebelum 31 Julai - Mohamad

Bernama
Bernama
28/06/2025
08:00 MYT
Sponsor Banner
Pembayaran insentif kepada pesawah selesai sebelum 31 Julai - Mohamad
Mohamad berkata jumlah keseluruhan insentif berkenaan ialah RM210, iaitu RM160 merupakan insentif pembajakan dan RM50 pula ialah insentif penuaian. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan pembayaran insentif pembajakan dan penuaian kepada pesawah selesai sepenuhnya sebelum 31 Julai ini, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Ringkasan AI
  • Kerajaan akan menyelesaikan pembayaran insentif pembajakan dan penuaian berjumlah RM210 kepada pesawah sebelum 31 Julai 2025, melibatkan manfaat kepada 130,000 pesawah di Semenanjung.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Dasar Keterjaminan Makanan Negara turut membincangkan strategi meningkatkan SSR daging lembu dan kerbau, pembangunan pangkalan data MyFCD, pengurangan import jagung bijian serta pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.
  • KPKM dan CAAM akan memperkenalkan silibus baharu RCoC-AL untuk pengendali dron persendirian sebagai langkah memodenkan sektor pertanian, selari dengan dapatan Laporan Interim Banci Pertanian 2024..

Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata jumlah keseluruhan insentif berkenaan ialah RM210, iaitu RM160 merupakan insentif pembajakan dan RM50 pula ialah insentif penuaian.
Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara (FSCC) bilangan 1/2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Jun lepas.
"Mesyuarat memfokuskan kepada inisiatif strategik bagi memperkukuh keterjaminan makanan negara serta merancakkan pertumbuhan sektor pertanian dan agromakanan.
"Pelbagai inisiatif lain turut dibincangkan termasuk strategi meningkatkan kadar sara diri (SSR) daging lembu dan kerbau negara demi kemampanan bekalan makanan negara," katanya.
KPKM pada 11 Jun lepas mengumumkan kenaikan kadar insentif pembajakan dan memperkenalkan insentif penuaian yang menawarkan keseluruhan bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar kepada pesawah untuk setiap musim yang dijangka memberi manfaat kepada 130,000 pesawah di seluruh Semenanjung.
Mohamad berkata kerajaan turut menyambut baik pembangunan pangkalan data Malaysian Food Composition Database (MyFCD) sebagai komponen strategik dalam Dasar Keterjaminan Makanan Negara.
Katanya, mesyuarat juga bersetuju secara prinsip dalam meneroka strategi berkesan bagi mengurangkan kebergantungan import jagung bijian demi kelangsungan dan pertumbuhan industri.
"Selain itu, cadangan pindaan terhadap Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 (Akta 634) akan dilaksanakan bagi memastikan perlindungan yang lebih komprehensif terhadap varieti tumbuhan baharu," katanya.
Mohamad berkata perancangan dasar akan terus diperkasakan menerusi hasil dapatan Laporan Interim Banci Pertanian 2024 dalam memacu pertumbuhan sektor pertanian.
Dalam usaha memodenkan sektor pertanian, beliau berkata kerjasama strategik antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) akan diperkukuh melalui pengenalan silibus baharu "Remote Pilot Certificate Of Competency - Agriculture Light" (RCoC-AL) untuk pengendali persendirian dron (UAS).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKM
#Mohamad Sabu
#insentif kepada pesawah
#insentif pembajakan dan penuaian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami