awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
23/08/2013
10:12 MYT
Pembebasan Azilah dan Sirul: Peguam Negara tidak berpuashati dan akan buat rayuan
Jabatan Peguam Negara tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata pihaknya akan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan atas alasan yang diberikan oleh mahkamah ketika membebaskan kedua tertuduh tidak mempunyai kaitan.
"Tentang DSP Musa Safri, kami menegaskan keterangan beliau tidak ada kaitan dengan keseluruhan perbicaraan yang telah dijalankan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan terhadap pensabitan dan hukuman.
Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.
Hakim Tengku Maimun yang membacakan penghakiman itu berkata hakim perbicaraan telah tersalah arah dirinya dengan cara tanpa arah gagal mempertimbangkan diari stesen dan gagal membuat dapatan sama ada pihak pembelaan telah menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Azilah, yang merupakan tertuduh pertama dalam kes ini, berada di tempat kejadian jenayah.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibuu
#Azilah Hadri
#Peguam Negara
#Sirul Azhar Umar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan