awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembebasan Riza Aziz, Dr. Mahathir bimbang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
15/05/2020
14:57 MYT
Pembebasan Riza Aziz, Dr. Mahathir bimbang
Dr. Mahathir bimbang jika ada penjenayah lain akan dibebaskan di masa depan jika undang-undang seperti ini diguna pakai. - Bernama
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gusar dengan keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz.
Riza sebelum ini didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Sebagai orang yang tak pandai tentang undang-undang, saya tertanya-tanya.
"Di masa depan, apabila ada penjenayah yang curi duit dan dihadapkan mahkamah, adakah dia dilepaskan apabila dia kata akan pulangkan balik duit yang dicuri?
"Sebagai wakil rakyat, saya susah hati. Walaupun bukan lagi kerajaan, tetapi saya terbabit dalam pembentukan undang-undang dan kita harap undang-undang itu berkesan," kata Dr. Mahathir menerusi satu video yang dimuat naik ke laman sosial beliau.
Dalam masa yang sama, Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan beliau tidak bermaksud mempersoalkan kuasa dan integriti mahkamah.
"Saya tidak mempersoalkan tindakan hakim atau mahkamah, kerana saya yakin mahkamah bertindak mengikut undang-undang.
"Kalau benarlah ada undang-undang yang membenarkan penjenayah dibebaskan apabila dia memulangkan duit yang dicuri, mungkin kena pinda undang-undang itu," tambah beliau.
Pada Khamis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan kerajaan dijangka akan menerima semula aset-aset di luar negara berjumlah RM465.3 juta (AS$107.3 juta) ekoran keputusan Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan Riza Shahriz Abdul Aziz.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Mahathir Mohamad
#mahkamah
#Mahkamah Sesyen
#Riza Shahriz Abdul Aziz
#SPRM
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan