KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah antaranya beg tangan Hermes, jam tangan Rolex dan kasut Chanel berjumlah RM1,267,810.
Kee Cel Ghen, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Datin Sabariah Othman.
Dia didakwa menipu seorang wanita berusia 25 tahun dalam urusan mendapatkan 32 jenis barangan berjenama mewah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM312,300 dan mangsa tidak akan berbuat demikian jika mengetahui tidak akan memperoleh barangan tersebut.
Kee didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan 11/17, Taman Fadason di sini antara 6 Mei hingga 18 Julai 2023.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun maksimum 10 tahun serta sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Ibu dua anak itu juga didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang lagi wanita berusia 30 tahun dalam urusan mendapatkan 77 jenis barangan mewah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM916,920.
Kee didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Udang Rawa Taman Sri Segambut antara 2 Mei hingga 9 Julai 2023 mengikut seksyen sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hanif Ahijman dan Raihanah Abd Razak masing-masing menawarkan jaminan sebanyak RM35,000 dan RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Peguam Syawal Razak dan Muhammad Razman Sahat pula merayu jumlah jaminan rendah atas alasan tertuduh perlu menanggung ibu bapanya yang uzur serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Kedua-dua mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Feb untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Kee Cel Ghen dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah antaranya beg tangan Hermes, jam tangan Rolex dan kasut Chanel berjumlah RM1,267,810. - Foto Bernama
CIDB KL buka 91 kertas siasatan pelbagai kesalahan
Sebanyak 174 lawatan ke tapak pembinaan di ibu negara telah dilaksanakan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Kuala Lumpur sepanjang Januari hingga Mei tahun ini.
Perancis isytihar darurat, tentera dikerah
Perancis isytiharkan darurat di New Caledonia susulan rusuhan maut yang berlaku sejak dua hari lalu dengan mengerahkan tentera bagi mengawal pelabuhan dan lapangan terbang antarabangsa.
China bantah hukuman kolektif sasar penduduk Gaza
China membantah serangan ke atas Rafah dan hukuman kolektif yang menyasarkan penduduk Gaza, menurut jurucakap Kementerian Luar China.
'Masyitah mungkin terlepas kejohanan dunia di Filipina, tumpu proses pemulihan'
Atlet kayak negara Siri Nurul Masyitah Md Elias, mungkin terlepas menyertai Kejohanan Dunia Perahu Naga ICF 2024 di Filipina pada 30 Okt hingga 3 Nov depan selepas cedera parah dalam kemalangan.
Korban banjir lahar dingin ragut meningkat kepada 67 mangsa
Banjir yang dikenali sebagai lahar dingin di Indonesia mengorbankan 67 individu setakat Rabu, dengan 989 keluarga terjejas akibat bencana tersebut.
Pekerja kilang mabuk mengaku tidak bersalah
Seorang pembantu penyelia kilang mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga mencederakan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraian Trafik Timur, Sabtu lalu.
[TERKINI] Inflasi meningkat perlahan kepada 2.2 peratus tahun 2023
Ini laporan yang baharu kami terima.
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022 dengan mata indeks mencatatkan 130.4 berbanding 127.2 pada tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Laporan KRI: Purata gaji rakyat Malaysia hanya naik RM56 setahun antara 2010-2019
Purata gaji rakyat Malaysia hanya meningkat sekitar RM56 setahun, terutama melibatkan golongan yang berada dalam kategori 50 peratus terbawah di negara ini. Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya mendedahkan, tiada perubahan ketara berlaku dalam tempoh 10 tahun iaitu antara 2010 hingga 2019.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.