SHAH ALAM:Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan negeri Selangor untuk penduduk negeri itu akan turut mengambil kira keperluan pekerja asing, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Dalam memenuhi keperluan itu katanya, kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan vaksin COVID-19 pada harga berpatutan khususnya kepada pengusaha kilang di negeri ini yang banyak menggunakan khidmat pekerja asing.
"Kerajaan negeri akan membeli vaksin itu, tapi mungkin untuk kilang-kilang ini kita akan jual pada kos yang minimum bagi memastikan pekerja asing juga menerima vaksin itu.
"Bukanlah kita nak tumpu pemberian vaksin kepada pekerja asing sahaja tetapi disebabkan kerajaan pusat tumpu kepada penduduk tempatan maka kita fokuskan juga kepada pekerja asing serta rakyat tempatan yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas pengumuman khas 'Pakej Kita Selangor' di kediaman rasminya di sini, hari ini.
Jelas Amirudin, sekiranya pembelian itu berjaya dilakukan rakyat tempatan akan turut diberikan vaksin secara percuma dan ia sekali gus dapat mengurangkan beban kerajaan pusat.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga sudah menyenarai pembekal vaksin COVID-19 namun ia masih dalam proses rundingan setakat ini.
Jelasnya, beliau sempat berbincang dengan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) ketika lawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang semalam dan ada beberapa perkara telah dipersetujui antara kedua-dua pihak.
"Namun begitu, saya akan muktamadkan perkara ini berhubung vaksin COVID-19 dalam pertemuan rasmi dengan KKM minggu hadapan," katanya.
Pada Isnin lepas, kerajaan negeri Selangor menyatakan hasrat membeli kira-kira lima juta dos vaksin COVID-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha berkenaan disambut baik oleh kerajaan Persekutuan serta Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021
Jelas Amirudin, sekiranya pembelian itu berjaya dilakukan rakyat tempatan akan turut diberikan vaksin secara percuma dan ia sekali gus dapat mengurangkan beban kerajaan pusat. - BERNAMA
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
244 kes baharu COVID-19, tiada kematian
Daripada jumlah itu, 95.5 peratus atau 10,008 individu menjalani kuarantin di rumah dan tiada yang dirawat di PKRC.
COVID-19: 383 kes baharu, lapan kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Isnin juga turun sedikit kepada 11,414 kes.
COVID-19: 509 kes baharu, satu kematian direkodkan
Kes aktif pada Sabtu juga turun kepada 12,002 kes.
COVID-19: 902 kes baharu, enam kematian dicatat
Daripada jumlah itu, tiga kematian berlaku di luar fasiliti hospital atau 'brought-in-dead' (BID).
COVID-19: 1,672 kes baharu, 10 kematian dicatat
Negara juga mencatatkan 2,722 kes sembuh.
COVID-19: 3,024 kes baharu, 8 kematian
Sebanyak 92 peratus atau 24,752 kes merupakan individu yang dikuarantin di rumah.
COVID-19: 2,256 kes baharu, empat kematian
Sejumlah 47 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 17 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.
COVID-19: 3,045 kes baharu, lima kematian
Jumlah kes jangkitan harian baharu kini mencecah 4.735 juta.
3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.
COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Bilangan kes baharu COVID-19 meningkat 0.8 peratus kepada 28,554 kes pada Minggu Epidemiologi ke-31 (ME 31/2022) dari 31 Julai hingga 6 Ogos, meliputi 28,499 kes tempatan dan 55 kes import.