KOTA KINABALU: Kepelbagaian latar belakang dengan gabungan wajah pemimpin lama dan baharu dalam Kabinet Persekutuan mampu membawa perubahan serta reformasi demi masa depan negara yang lebih baik.
Pengerusi Tetap Majlis Belia Sabah, Mazlan Joehari Manan berkata, ia termasuk pelantikan dua Ahli Parlimen dari Sabah, iaitu Datuk Armizan Mohd Ali sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) dan juga Ewon Benedick sebagai Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi.
"Aspirasi perjuangan mereka sebelum ini sudah tentu mampu membawa perubahan yang ingin direalisasikan dalam kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun jumlah kecil wakil negeri Sabah dalam Kabinet Kerajaan sedikit mengecewakan.
"Semoga akan ada lantikan dan tanggungjawab yang lebih signifikan kepada wakil-wakil Sabah dalam kerajaan dan GLC kemudiannya nanti yang mampu membawa bersama aspirasi rakyat Sabah," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Sambil merakamkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas barisan kabinet itu, Mazlan berkata, anak muda Sabah dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat perubahan yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru serta kemampuan mereka dalam membentuk dasar-dasar kerajaan yang dapat meningkatkan taraf hidup rakyat sesuai dengan perubahan zaman.
"Kami anak muda dan rakyat negeri Sabah memohon agar lebih banyak perubahan yang mampu di bawa dan dilakukan kerajaan persekutuan kepada hak dan kepentingan rakyat negeri Sabah.
"Peluang telah dihidangkan dan amanah harus dipertanggungjawabkan, kami sentiasa berharap agar kerajaan baru ini mampu membawa perubahan kepada negara ke era baru demi Malaysia yang lebih baik," tegasnya.
Selain itu, Mazlan menambah, penyenaraian Pengerusi Barisan Nasional Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri sudah tentu bukan seperti yang diharapkan oleh rakyat kebanyakan, tetapi deretan senarai nama baharu menjawat jawatan menteri diharapkan mampu membawa perubahan dan reformasi yang dilaungkan sebelum ini.
Mirlen Axtius
Sat Dec 03 2022

Mazlan berkata, anak muda Sabah dan rakyat secara keseluruhannya akan melihat perubahan yang mampu dilaksanakan oleh kerajaan baru.

Bintang 'Bridgerton' Rege-Jean Page dinobat lelaki paling kacak menurut sains
Simetri wajah Page 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Dasar Air Negara akan turut beri penekanan pengurusan banjir - Nik Nazmi
Dasar itu beri penekanan terhadap peranan air dalam kerangka pengurusan membabitkan alam sekitar, perubahan iklim, tenaga, biodiversiti serta sumber asli.

Isu keterjaminan bekalan air perlu diberi perhatian - Nik Nazmi
Isu berhubung keterjaminan bekalan air mentah dalam negara perlu diberi perhatian, susulan perubahan iklim yang berlaku di peringkat global ketika ini.

Jangan amal budaya selesa, tekad laksana perubahan untuk negara - PM
Anwar berkata dalam apa-apa jua sistem, perlu ada keinginan dan hasrat untuk membawa perubahan.

2022 tahun kelima paling panas - NASA
Purata suhu permukaan bumi pada 2022 yang sama seperti 2015 merupakan tahun kelima paling panas dalam rekod, menurut analisis yang dikeluarkan oleh NASA.

Dunia hadapi cuaca terpanas sejak lapan tahun lalu
Keadaan itu mengakibatkan situasi perubahan iklim dengan menyaksikan bencana alam tidak pernah berlaku sebelum ini.

Glasier mengecut lebih pantas dari yang dijangka - Kajian
Menurut satu kajian terbaharu, dua pertiga diunjurkan akan lenyap menjelang akhir abad ini mengikut aliran perubahan iklim semasa.

Isu gabungan FKPM: 'Tiada perubahan silibus ibarat tukar nama sahaja'
Tindakan penggabungan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) dengan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) perlu melibatkan penstrukturan kurikulum.

NRECC fokus sepenuhnya tangani perubahan iklim terutama banjir - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memberi fokus sepenuhnya terhadap usaha menangani isu perubahan iklim kerana impaknya terutama banjir sudah menjadi bencana tahun

Lebih separuh tumbuhan dan haiwan di Antartika mungkin pupus akibat perubahan iklim
65 peratus spesies tumbuhan dan haiwan Antartika, termasuk penguin, mungkin lenyap jika dunia tidak melakukan sesuatu.

PBB anjur 'Climate Ambition Summit' pada Sept 2023 - Guterres
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengumumkan pada Isnin bahawa beliau akan menganjurkan ''Climate Ambition Summit'' pada September 2023.