awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian geran perkapita tidak diperuntukkan mengikut politik

Bernama
Bernama
07/06/2023
05:28 MYT
Pemberian geran perkapita tidak diperuntukkan mengikut politik
Steven Sim berkata, kerajaan Persekutuan belum bercadang untuk melaksanakan kajian semula ke atas formula dan asas pengiraan mengikut bilangan orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemberian Mengikut Bilangan Orang (geran perkapita) kepada kerajaan negeri tidak diperuntukkan mengikut keahlian parti politik, sebaliknya mengikut bilangan penduduk di setiap negeri di Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan sentiasa meneliti semua pemberian yang diberikan kepada kerajaan negeri secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada satu-satu pemberian sahaja.
"Berdasarkan kadar semasa, jumlah peruntukan yang disediakan kepada negeri tetap meningkat pada setiap tahun," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Steven menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) mengenai pertimbangan serta usaha kerajaan dalam memperhalusi semula geran perkapita berdasarkan Bahagian 1 Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
Katanya Kelantan menerima agihan tertinggi dalam pemberian Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) bagi tempoh 2022 hingga 2023 dengan jumlah RM42 juta, diikuti Sabah (RM41 juta) dan Kedah (RM40.7 juta).
"Pada tahun 2023, kerajaan Persekutuan telah menambah baik tiga pemberian kepada kerajaan negeri.
"Ia adalah Pemberian Berdasarkan TAHAP telah dinaikkan peruntukan daripada RM330 juta kepada RM400 juta; Pemberian Penyelenggaraan Jalan dinaikkan kepada RM5.2 bilion berbanding RM5.05 bilion pada tahun 2022; dan Pemberian Pindahan Fiskal Ekologi dinaikkan kepada RM150 juta berbanding RM70 juta pada tahun 2022," katanya.
Steven berkata kerajaan Persekutuan belum bercadang untuk melaksanakan kajian semula ke atas formula dan asas pengiraan mengikut bilangan orang.
"Ini kerana cadangan ini akan melibatkan implikasi kewangan yang besar dan akan menjejaskan usaha kerajaan dalam proses pemulihan semula ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata Kementerian Kewangan akan sentiasa komited untuk mengkaji secara berterusan dan menimbang penambahbaikan pemberian kepada negeri secara holistik, tertakluk kepada kemampuan kewangan semasa kerajaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#geran perkapita
#Dewan Rakyat
#Steven Sim Chee Keong
#keahlian parti politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan