awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembiayaan keganasan: 346 transaksi mencurigakan dikesan - BNM

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
22/11/2017
08:15 MYT
Pembiayaan keganasan: 346 transaksi mencurigakan dikesan - BNM
MUHAMMAD: Bank pusat sedang meneliti peraturan baharu bagi sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan yang mewajibkan mereka melaporkan urus niaga wang di sektor berisiko tinggi. -Astro AWANI/Shahir Omar
Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan 346 transaksi mencurigakan (STR) berkaitan pembiayaan keganasan dikesan di antara Januari hingga Jun tahun ini.
Daripada jumlah itu, 34 didedahkan untuk tindakan lanjut agensi penguat kuasa.
Ia merupakan peningkatan hampir tiga kali ganda berbanding hanya 93 STR dengan 14 pendedahan bagi 2015.
Gabenor BNM Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ia hasil perkongsian risikan dengan institusi kewangan serta peningkatan ancaman kumpulan Daish.
Susulan itu, bank pusat sedang meneliti peraturan baharu bagi sektor perbankan dan perkhidmatan kewangan yang mewajibkan mereka melaporkan urus niaga wang di sektor berisiko tinggi.
“Sektor berisiko tinggi akan ditentukan mengikut risikan pihak berkuasa pada sektor yang dilihat berisiko tinggi dalam membiayai aktiviti keganasan."
Ia bagi memenuhi komitmen Malaysia untuk meningkatkan pemantauan dan pendedahan berhubung pembiayaan berkaitan keganasan di rantau ini.
Muhammad berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama di Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan kali ke-3, di sini, hari ini.
Topic Berkaitan
#2015
#Bank Negara Malaysia
#Gabenor Bank Negara Malaysia
#keganasan
#muhammad ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan