KUALA LUMPUR:Kerajaan meluluskan 4,727 permohonan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan nilai pinjaman sebanyak RM996.9 juta untuk menyokong perniagaan di bawah Pembiayaan PKS PENJANA sehingga 6 Nov, 2020.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata bagi Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, kerajaan menerima 461 permohonan daripada PKS.
Pakej pembiayaan itu menawarkan kadar pembiayaan sebanyak 3.5 peratus bagi membantu usahawan sektor pelancongan dari segi modal kerja dan perbelanjaan modal sehingga 7 tahun bagi tempoh pembiayaan.
"Daripada jumlah ini sebanyak 196 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM39.8 juta," katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-29 mengenai pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (KITA PRIHATIN) yang dikeluarkan hari ini.
Mengenai Skim Pemulihan Perniagaan TEKUN (TBRS), beliau berkata sebanyak RM82.61 juta telah disalurkan di bawah TBRS yang telah memanfaatkan 12,403 PKS setakat 6 Nov, 2020.
Ia juga menyalurkan sebanyak RM184.6 juta bagi memanfaatkan 5,181 PKS Mikro merangkumi bidang peruncitan dan perkhidmatan di bawah Pembiayaan Kredit PENJANA Mikro di bawah Bank Simpanan Nasional.
Sementara itu, bagi merangsang ekonomi, sokongan terhadap industri pertanian dan makanan disediakan menerusi suntikan pembiayaan serta menyediakan modal pusingan untuk petani, peladang dan nelayan dengan peruntukan RM400 juta, yang mana RM350 juta diperuntukkan di bawah Pembiayaan Kredit Mikro Agrobank.
Setakat 6 Nov, 2020, sebanyak RM41.4 juta telah disalurkan kepada 4,677 PKS mikro pertanian di bawah pakej pembiayaan ini.
Sebagai langkah memastikan sektor pelancongan dan perhotelan dapat bertahan dan kembali pulih seperti sediakala, kerajaan telah bersetuju memberikan lanjutan pengecualian cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penginapan yang dikendalikan oleh pengendali premis penginapan mulai 1 September, 2020 hingga 30 Jun 2021.
Setakat 6 November 2020, nilai pengecualian cukai yang telah dimanfaatkan oleh pengendali premis penginapan telah mencecah nilai RM727.4 juta.
Bagi tempoh yang sama, nilai pengecualian duti eksport yang berjaya dimanfaatkan oleh industri negara ialah sebanyak RM301.1 juta. Kerajaan juga memberikan pengecualian 100 peratus duti eksport kepada sektor komoditi bagi membantu memudahkan para pekebun kecil untuk menjual hasil keluaran mereka kepada kilang.
Sementara itu Tengku Zafrul berkata Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PEKA B40) bagi menampung keperluan kesihatan seperti pengesanan awal untuk penyakit tidak berjangkit kerajaan menerima 146,433 tuntutan dengan jumlah RM12.76 juta antara tempoh 1 Julai sehingga 6 November 2020.
Bagi Program Subsidi Upah (PSU), sebanyak RM12.255 bilion subsidi upah telah diluluskan yang memanfaatkan lebih 322,177 majikan serta lebih 2.640 juta pekerja.
"Sebagai peringatan, majikan masih boleh memohon untuk PSU 2.0 di bawah Pakej KITA PRIHATIN yang dibuka sehingga 31 Disember 2020," katanya.
Beliau juga berkata bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan, seramai 74,141 pekerja (peningkatan daripada 70,113 minggu lalu) telah berjaya mendapat pekerjaan melalui program ini. Jumlah ini merangkumi 59,539 orang di bawah umur 40 tahun, 9,370 individu berusia di antara 40 hingga 60 tahun, serta 336 orang kelainan upaya (OKU) dan 4,896 perantis, katanya.
Bagi Program Kemahiran dan Peningkatan Kemahiran, seramai 115,876 individu telah diluluskan (peningkatan daripada 106,047 minggu lalu) untuk mengambil bahagian dalam program-program yang disediakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Tengku Zafrul berkata bagi Pembiayaan Sektor Pelancongan PENJANA, kerajaan menerima 461 permohonan daripada PKS. - Bernama

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

Harimau dahan betina ditemui mati dipercayai dilanggar kenderaan
Seekor harimau dahan betina dewasa ditemui mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Jalan Tapah-Bidor, Tapah petang semalam. it

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Perdana Menteri luang masa lawat pusat peningkatan kemahiran dan latihan semula
Antara bidang kemahiran yang dilawati Perdana Menteri termasuk Seni Kulinari; Makmal Pemprosesan Data Dron; serta Simulasi Dron.

Digitalisasi ekonomi ruang baharu PKS
Sebagai sebuah platform dalam talian dan penggerak teknologi di negara ini, Grab Malaysia terus menjadi medium membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat pandemik itu.

Tengku Zafrul bentang Laporan Laksana terakhir untuk tahun 2020
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini menerusi laman Facebooknya, membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-34.

Dana Penjana tarik lapan pengurus dana VC asing, pelaburan tambahan RM370 juta
Dana Penjana berjaya menarik lapan pengurus dana modal teroka (VC) asing untuk membuat pelaburan tambahan sejumlah RM370 juta dalam syarikat pemula di bawah Penjana Kapital Sdn Bhd (Penjana Kapital).

Pengangkutan awam diasak impak COVID-19, khidmat e-hailing kian berkembang
Situasi mencabar ini menyukarkan lagi pihak pengendali yang sudah sedia diasak tekanan kewangan ketara selain bergelut untuk melonjakkan jumlah kapasiti ke paras sebelum pandemik berlaku.

RM14.58 bilion telah dibelanjakan di bawah PENJANA sehingga 20 Nov - Tengku Zafrul
Sejumlah RM14.58 bilion daripada RM35 bilion yang diperuntukkan di bawah PENJANA telah dibelanjakan setakat 20 Nov, 2020.

Kerajaan ambil pendekatan inklusif perkasa agenda pendigitalan - Muhyiddin
Ia menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat yang berdepan kesan ekonomi pandemik COVID-19 yang melanda dunia dan negara.

Jualan kereta Proton terus meningkat pada November 2020
Jualan kereta Proton telah meneruskan trajektori pertumbuhannya dengan mencatatkan prestasi kukuh pada akhir 2020.

Progam subsidi upah bantu lindungi pekerjaan, beri manfaat kepada 2.64 juta pekerja
Program Subsidi Upah (PSU) telah berjaya membantu melindungi pekerjaan dan memanfaatkan seramai 322,177 majikan dan 2.64 juta pekerja.

Bantuan Prihatin Nasional & Program Subsidi Upah talian hayat buat PKS
Saya membuat persediaan dengan menyimpan wang BPN terlebih dahulu kerana saya tahu ia akan membantu saya pada masa akan datang.