awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada penalti tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem

Bernama
Bernama
21/12/2025
10:15 MYT
Tiada penalti tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tiada penalti akan dikenakan dalam tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang bermula 1 Jan 2026. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan tiada penalti akan dikenakan dalam tahun pertama pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) Fasa 1 yang bermula 1 Jan 2026.
LHDN menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan tiada pengenaan penalti ke atas surat cara yang disetemkan di bawah STSDS bagi kesalahan mengemukakan Borang Nyata Duti Setem (BNDS) yang tidak betul.
"Penalti juga tidak dikenakan bagi kesalahan memberikan maklumat yang tidak betul atau tidak tepat berhubung dengan apa-apa perkara yang memberi kesan kepada pengenaan duti.
"Tempoh konsesi khas tiada pengenaan penalti ini terpakai kepada permohonan penyeteman yang dikemukakan dari 1 Jan hingga 31 Dis 2026," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan pemberian konsesi khas itu sebagai langkah pendidikan dan sokongan peralihan bagi memupuk kesedaran serta menggalakkan pematuhan secara sukarela dalam kalangan pembayar duti.
"Dalam masa sama, ia menyediakan tempoh mencukupi untuk pembayar duti memahami prosedur yang ditetapkan dan melaksanakan penyeteman sendiri secara elektronik dengan berkesan," menurut kenyataan itu.
LHDN memaklumkan konsesi khas itu turut terpakai terhadap kesalahan di bawah subseksyen 72D(2) Akta Setem 1949 yang dikenal pasti melalui penemuan audit sepanjang tempoh tersebut.
Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan STSDS, Sistem e-Duti Setem telah dibuka untuk akses awal kepada pembayar duti melalui portal MyTax bagi memberi ruang kepada mereka menjalankan pengujian dan membuat persediaan sewajarnya.
Pembayar duti boleh menghubungi HASiL Contact Centre (HCC) menerusi talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (luar negara) atau HASiL Live Chat jika menghadapi masalah selain borang maklum balas disediakan menerusi pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sistem Taksir Sendiri Duti Setem
#tiada penalti
#LHDN
#tahun pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan