SEGAMAT: Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) di Johor akan membantu capaian Internet selular sebanyak 100 peratus di negeri ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata daripada jumlah itu, sebanyak 182 menara telah siap dibina setakat suku keempat 2023.
"Baki selebihnya masih dalam fasa pembinaan dan dijangka siap serta mula beroperasi sepenuhnya pada 2025. Seperti hari ini, kita adakan tinjauan di Menara telekomunikasi di Kampung Krishna, Jementah yangmula dibina pada suku kedua 2023 dan telah siap dibina oleh pihak Celcom Berhad pada awal 2024.
"Menara ini boleh digunakan bermula 28 Feb lepas bagi pengguna CelcomDigi, manakala pengguna Maxis pada 7 Mac dan U-Mobile semalam, jadi dengan siapnya menara telekomunikasi berkenaan dianggarkan sebanyak 100 penduduk di Kampung Krishna dan kawasan sekitarnya seperti Kampung Paya Jakas dan Pekan Jementah berpeluang menikmati perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Jementah, Segamat bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Segamat Yuneswaran Ramaraj, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jementah Ng Kor Sium dan Pengarah MCMC Johor Mohamad Rizal Ahmad.
Dalam pada itu, Teo berkata sebanyak 4,701 menara telah dinaik taraf kepada 4G/LTE, manakala 16 menara masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap serta beroperasi pada 2025.
"Setakat ini, liputan 4G/LTE secara keseluruhan di negeri Johor ialah 99.16 peratus, manakala bagi kawasan Parlimen Segamat, setakat tempoh sama capaian liputan Internet selular bagi kawasan berpenduduk sebanyak 97.84 peratus.
"Di seluruh Johor memang ada tempat yang masih ada isu liputan Internet. Sebagai contoh, kawasan Sengkang Lengga dan Kampung Gelang Cincin di Kulai pun masih ada menara yang kita baru hendak bangunkan.
" ... kebanyakan memang di kawasan pedalaman, Felda atau kampung, bagaimanapun lokasi berkenaan akan dibantu melalui projek Jendela yang dibayar MCMC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Teo beramah mesra dengan penduduk kampung yang melakukan pendaftaran sistem PADU pada Hari Bersama Agensi JKP-KK di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Paya Jakas, Jementah hari ini. - Foto Bernama
Seorang maut, 25 cedera insiden tembakan di Ohio
Polis menerima beberapa panggilan lewat tengah malam yang melaporkan kejadian itu berlaku di Kelly Street dan 8th Avenue.
Penggiat industri teknologi perlu pergiat usaha pastikan graduan bersedia untuk AI
Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI).
423 kes jenayah komersial di Johor sepanjang Mei, rugi RM15.6 juta
Sebanyak 423 kes melibatkan jenayah komersial dengan jumlah kerugian mencecah RM15.6 juta direkodkan di Johor sepanjang bulan lepas.
Tunai haji tanpa permit: Arab Saudi mula kuat kuasa hukuman
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi telah mula menguatkuasakan penalti bagi mereka yang melanggar peraturan dengan memasuki kawasan larangan tanpa permit haji.
Daniel sedia galas tugas bek sayap bagi lebih sengat skuad Harimau Malaya
Daniel Ting bersedia untuk mengambil alih peranan lebih menyerang bagi mengimbangi ketiadaan beberapa pemain sayap pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bulan ini.
Sabah galak lebih ramai penduduk guna pembayaran tanpa tunai - Hajiji
Kerajaan Sabah menggalakkan lebih ramai penduduk Sabah menggunakan dan memanfaatkan pembayaran tanpa tunai bagi memudahkan cara pembayaran.
Indonesia sedia hantar pasukan pengaman ke Gaza - Prabowo
Prabowo Subianto mengesahkan kesediaan Indonesia untuk menghantar pasukan pengaman ke Semenanjung Gaza jika perlu.
Perhilitan tangkap seekor lagi beruang matahari di Tanah Merah
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor lagi beruang matahari di Kampung Air Asahan Hulu.
Atlet menembak dinobat olahragawan, olahragawati TLDM 2023
PAP Mohd Azlan Md Salleh dan Leftenan Nur Suryani Mohamed Taibi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati TLDM 2023 pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan Sukan TLDM.
Wanita wajar dihargai atas jasa, pengorbanan dan pencapaian mereka - Noraini
Golongan wanita yang merupakan tonggak sesebuah institusi kekeluargaan, adalah penting untuk dihargai dan disanjungi atas segala pengorbanan yang dilakukan mereka.
Pembinaan 287 menara komunikasi di Johor bantu capaian internet 100 peratus
Pembinaan 287 menara komunikasi baharu di bawah Jendela di Johor akan membantu capaian internet selular sebanyak 100 peratus di negeri itu.