KUALA LUMPUR: Penggiat industri teknologi perlu meningkatkan usaha bagi memastikan graduan bersedia untuk memenuhi lonjakan permintaan terhadap bakat kecerdasan buatan (AI), dan pada masa sama berharap kerajaan menyokong inisiatif ini.
Dekan Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Madya Dr Mohd Naz'ri Mahrin berkata kekurangan bakat AI merupakan cabaran besar bagi syarikat di seluruh dunia memandangkan negara mengiktiraf potensi AI untuk meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masing-masing.
Menurut Pelan Hala Tuju AI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (2021-2025), pertumbuhan garis asas KDNK Malaysia adalah kira-kira 4.4 peratus, dengan penambahan 1.2 peratus pertumbuhan yang didorong AI.
Sehubungan itu, Mohd Naz'ri menekankan keperluan untuk penggiat industri melaksanakan langkah yang diperlukan untuk menangani jurang bakat.
"Bakat tidak pernah cukup, dan dengan permintaan yang semakin bertambah terhadap kemahiran teknikal, kekurangan ini menunjukkan ekonomi semakin meningkat, iaitu satu aspek positif.
"Negara yang mempunyai tenaga kerja berkemahiran AI yang mantap dan ekosistem yang menyokong, besar kemungkinan akan menarik dan meningkatkan aliran masuk pelaburan asing," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, beliau berkata FAI UTM akan memperkenalkan program Ijazah Sarjana Muda Sains AI pada Oktober ini yang memerlukan pelajar untuk mengikuti pengajian selama tiga tahun bagi melengkapkan diri dengan kemahiran diperlukan untuk berjaya dalam bidang AI.
"AI bukan perkara baharu kepada UTM. Ia asalnya daripada sains komputer dan kejuruteraan, yang merupakan kekuatan teras UTM selaku universiti utama di Malaysia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Kami telah mengutamakan AI sejak 1997," katanya.
Beliau menganggarkan negara memerlukan antara 100,000 dan 200,000 profesional AI dalam tempoh lima tahun untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.
"Permintaan ini akan terus meningkat apabila industri tempatan melaksanakan lebih banyak inisiatif transformasi digital dalam organisasi masing-masing," kata Mohd Naz'ri.
Beliau berkata UTM bersedia untuk bekerjasama dengan penggiat industri bagi mempromosi penyelidikan dan pembangunan dalam AI dan pembelajaran mesin, yang bertujuan menerapkan kemajuan ini dalam landskap teknologi Malaysia.
Beliau menekankan kepentingan untuk melibatkan semua pihak berkepentingan termasuk ahli akademik, penggiat industri dan penyedia teknologi ke arah mencapai matlamat ini.
"Ekosistem yang baik adalah penting untuk mendekati integrasi AI menerusi perspektif seimbang, dengan mempertimbangkan implikasi etika, kebimbangan mengenai privasi dan keperluan terhadap literasi digital.
"Dengan menangani cabaran ini secara berterusan, kita boleh mewujudkan ekosistem digital yang berdaya tahan dan mampan bagi menyokong pertumbuhan dan kemakmuran Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024
Mohd Naz'ri menganggarkan negara memerlukan antara 100,000 dan 200,000 profesional AI dalam tempoh lima tahun untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka panjang. - Gambar hiasan/REUTERS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
IBM latih AI menerusi sambungan cahaya, kurang penggunaan kuasa 5 kali ganda
Teknologi ini menggantikan sambungan tembaga dengan gentian polimer optikal, meningkatkan kadar pemindahan data sehingga 80 kali ganda lebih pantas.
Reddit Answers beri jawapan daripada kandungan ditulis pengguna
Jawapan yang diberikan akan merangkumi ringkasan dan pautan kepada bebenang asal serta subreddit berkaitan, memastikan jawapan yang tepat dan bukan sekadar jenaka.
Malaysia catat 19.62 juta serangan berasaskan web pada separuh pertama 2024 - Kaspersky
Ini diikuti oleh Indonesia yang mengalami 3.2 juta ancaman berasaskan web.
AI perlu diguna lebih meluas dalam pembangunan bandar raya - Fadillah
Teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu digunakan dengan lebih meluas dalam pengurusan bandar raya.