Kementerian Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
Timbalan menteri berkenaan Datuk P. Kamalanathan berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakangan ini.
"Kementerian akan melihat bagaimana untuk memperketat lagi peraturan keselamatan lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.
"Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangkan had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Anugerah Dermasiswa Lafarge 2016 di Dewan Tun V. T Sambanthan di sini, hari ini.
Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.
"Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi," katanya.
Semalam, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.
Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu.
Pada majlis itu, Kamalanathan turut menyampaikan anugerah dermasiswa Lafarge bernilai RM20,000 kepada 48 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan sekolah sekitar Chemor dan Sungai Siput.
Beliau turut memuji usaha syarikat simen terkemuka itu yang sentiasa memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah di kawasan setempat selain membaik pulih infrastruktur untuk keselesaan pelajar.
"Kementerian amat mengalu-alukan mana-mana syarikat lain yang ingin memberi sumbangan dan bantuan kepada sekolah di negara ini," katanya.
Bernama
Thu Sep 22 2016
Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. - Gambar fail
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
JPJ cadang lucut hak kenderaan 'prebet sapu'
Jazmanie berkata JPJ telah adakan perbincangan dengan AGC sejak tiga bulan lepas sebagai cara memutuskan kitaran pesalah berulang ini.
Op Khas Motosikal: lebih 78,000 notis dikeluarkan dalam tempoh 29 hari
JPJ mengeluarkan 78,152 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Khas Motosikal di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan 1 Nov.
JPJ diberi mandat tangani kenderaan berat bawa muatan berlebihan - Loke
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diberi mandat penuh menangani isu kenderaan berat membawa muatan berlebihan yang dikenal pasti sebagai antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat integriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
JPJ perluas MyLesen B2 kepada pelajar IPT, kolej awam dan sekolah
Ia selaras dengan hasrat Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk membantu penuntut IPT dan golongan pelajar berusia 16 tahun ke atas mendapatkan lesen motosikal.
Ramai penunggang tiada lesen memandu, tidak perbaharui cukai jalan - JPJ
Sebanyak 28,811 notis dikeluarkan JPJ atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal sejak dilaksanakan pada 1 November.
Lebih 11,000 saman dikeluarkan dalam Op Khas Motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 11,435 saman atas pelbagai kesalahan dalam Op Khas Motosikal 2024 sejak ia dilaksanakan pada 1 Nov lepas.