KUALA LUMPUR: Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Tan Sri R. Nadarajah berkata sebaliknya, pembinaan projek tersebut akan dilaksanakan di sebelah kanan kaki bukit batu kapur itu menuju ke gua kuil Sri Subramaniar bagi menjaga kecantikan semula jadinya.
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada empat laluan tangga kita boleh ambil bahagian kiri dan kanan, tetapi sifat semula jadi Batu Caves itu akan hilang dan ia akan nampak buruk," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata projek itu juga bertujuan meringankan beban penganut warga emas dan kanak-kanak sekali gus mempercepatkan pergerakan mereka ke kuil tersebut.
Pada 19 Jan lepas pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Nadarajah dilaporkan berkata eskalator itu satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti bersama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
Selain itu, menurutnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan projek tersebut dan kesemua pelan berjalan lancar hanya menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Selangor.
Beliau turut menghargai komitmen ditunjukkan kerajaan yang bersetuju untuk menyalurkan dana pembangunan kepada Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy bagi pembinaan dewan serbaguna sekali gus melengkapkan projek pembangunan Pusat Kebudayaan India di sini.
"Pusat kebudayaan ini akan menjadi hab bagi orang ramai untuk menyelami dan memahami budaya masyarakat India di Malaysia. Pusat tersebut akan ada gerai makan, pameran kesenian dan muzik serta muzium," katanya sambil menambah dewan tersebut apabila siap mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu masa.
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dari segi dana pembangunannya, selain perkara itu turut mendapat persetujuan dalam pertemuan antara Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Penganut-penganut agama Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam hari ini. - Foto BERNAMA
TikTok saman kerajaan Amerika Syarikat
TikTok dan syarikat induknya di China, ByteDance memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat susulan tindakan pengharaman aplikasi itu.
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula - Ahmad Zahid
Dasar Pengurusan Bencana Negara akan disemak semula bagi meningkatkan daya tahan serta mengukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan negara dalam menguruskan bencana dengan lebih baik.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Empat stesen monorel ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan dan baik pulih susulan insiden pokok tumbang berhampiran Stesen Monorel Bukit Nanas petang Selasa.
Kenaikan gaji penjawat awam: Cuepacs harap harga barang tidak naik
Harga yang ditawarkan di pasaran mestilah setara dan adil dengan pendapatan pengguna.
PM bentang pendigitalan & kecerdasan buatan dalam mesyuarat Kabinet
Perdana Menteri mengesahkan akan membentangkan mengenai pendigitalan & pengadaptasian kecerdasan buatan (AI) dalam kerajaan ketika mesyuarat kabinet hari ini.
PM doakan Faisal Halim sembuh, kembali perjuangan bola sepak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya Faisal Halim dikurniakan afiyah segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak./p
Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.
Menerusi hantaran ringkas di Facebook, Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.
Empat stesen monorel ditutup sementara - Rapid Rail
Stesen terbabit ialah Stesen Monorel Bukit Nanas, Stesen Monorel Raja Chulan, Stesen Monorel Bukit Bintang dan Stesen Monorel Imbi.
[TERKINI] Vaksin COVID-19 AstraZeneca ditarik balik, komplikasi serius
Syarikat farmaseutikal gergasi Vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya daripada pasaran dunia.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
Ia selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.
[TERKINI] Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari lalu pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, kini Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."
Pembinaan eskalator di Batu Caves tidak libatkan 272 anak tangga
Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.