awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator

Bernama
Bernama
19/01/2024
21:15 MYT
Batu Caves akan dilengkapi dengan kemudahan eskalator
Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Pengurusan Kuil Hindu Batu Caves akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil oleh pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Pengerusi jawatankuasa pengurusan kuil itu, Tan Sri R. Nadarajah berkata, eskalator itu adalah satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti, bersama-sama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
"Kami berharap kerajaan akan membantu kerana ini akan membolehkan golongan orang kurang upaya dan warga emas yang tidak dapat menaiki tangga, untuk sampai ke kuil utama," kata Nadarajah pada sidang media bersama Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, pada Jumaat.
Sementara itu, Sim berkata, Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan program Kesuma MADANI di Batu Caves sempena perayaan Thaipusam ini.
Beliau berkata, kementeriannya akan menghantar 200 sukarelawan ke Batu Caves bagi membantu jawatankuasa kuil dalam menguruskan isu logistik semasa Thaipusam, di samping menyediakan reruai khas bagi tujuan memberi maklumat pekerjaan dan pendaftaran kaum India yang berminat mengikuti kursus-kursus teknikal.
Reruai itu akan disediakan dengan kerjasama Unit Transformasi India Malaysia (MITRA) kerana Kementerian Sumber Manusia turut menyasarkan suri rumah daripada masyarakat India untuk mendaftar dengan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang dilaksanakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#Batu Caves
#Thaipusam
#eskalator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan