KUALA LUMPUR: Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Tan Sri R. Nadarajah berkata sebaliknya, pembinaan projek tersebut akan dilaksanakan di sebelah kanan kaki bukit batu kapur itu menuju ke gua kuil Sri Subramaniar bagi menjaga kecantikan semula jadinya.
"Boleh sahaja kalau nak percepatkan projek ini kita bina eskalator atas tangga, macam sekarang ada empat laluan tangga kita boleh ambil bahagian kiri dan kanan, tetapi sifat semula jadi Batu Caves itu akan hilang dan ia akan nampak buruk," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata projek itu juga bertujuan meringankan beban penganut warga emas dan kanak-kanak sekali gus mempercepatkan pergerakan mereka ke kuil tersebut.
Pada 19 Jan lepas pengurusan Kuil Hindu Batu Caves dilaporkan akan membina eskalator di kawasan tarikan pelancong berkenaan tahun ini sebagai alternatif kepada 272 anak tangga yang perlu diambil pelawat dan penganut Hindu untuk sampai ke gua kuil Sri Subramaniar.
Nadarajah dilaporkan berkata eskalator itu satu daripada dua projek yang akan dimulakan selepas sambutan Thaipusam nanti bersama dengan pembinaan dewan serbaguna yang menelan belanja kira-kira RM35 juta.
Selain itu, menurutnya Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari telah menyatakan komitmennya untuk melaksanakan projek tersebut dan kesemua pelan berjalan lancar hanya menunggu kelulusan daripada Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar Selangor.
Beliau turut menghargai komitmen ditunjukkan kerajaan yang bersetuju untuk menyalurkan dana pembangunan kepada Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy bagi pembinaan dewan serbaguna sekali gus melengkapkan projek pembangunan Pusat Kebudayaan India di sini.
"Pusat kebudayaan ini akan menjadi hab bagi orang ramai untuk menyelami dan memahami budaya masyarakat India di Malaysia. Pusat tersebut akan ada gerai makan, pameran kesenian dan muzik serta muzium," katanya sambil menambah dewan tersebut apabila siap mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu masa.
Terdahulu, kerajaan bersetuju untuk membantu pihak Jawatankuasa Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves dari segi dana pembangunannya, selain perkara itu turut mendapat persetujuan dalam pertemuan antara Menteri Digital Gobind Singh Deo dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Penganut-penganut agama Hindu menaiki 272 anak tangga Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves bagi menunaikan upacara keagamaan sempena perayaan Thaipusam hari ini. - Foto BERNAMA
[KOLUMNIS] Apakah Kedah negeri berdaulat?
Pada kurun ke-18, Kedah memiliki kedaulatan ke atas wilayah yang dikuasainya dan penduduk Kedah sendiri mengakui Sultan sebagai pemerintah.
Daiyan Trisha tunjuk bukti beri sumbangan tabung Palestin cecah RM100,000
Daiyan Trisha minta maaf andai caranya membuktikan sokongan terhadap Palestin tidak tepat.
Gerakan protes pelajar terbesar abad ke-21
Dari AS hingga ke benua lain, matlamat utama demonstrasi itu adalah serupa sebagai tanda solidariti dengan Palestin.
Rakan penghantaran bagasi yang dipercayai jemaah
Sejak tahun 1998, Pos Laju telah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji sebagai penyedia perkhidmatan pengurusan barangan peribadi jemaah Haji, untuk memastikan penghantaran yang lancar dan selamat bagi barang-barang berharga ke Malaysia dan negara-negara ASEAN terpilih.
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Malaysia negara pertama lengkapkan kontrak dalam E-Haj
Malaysia juga berjaya menjadi negara pertama menerima kelulusan visa haji untuk tahun ini.
Niaga AWANI: WEF | Innovating for Social Impact
Mina Al-Oraibi
Editor-in-Chief, The National
Mae Al Mozaini
Founder & CEO, The Arab Institute for Women’s Empowerment (Nusf)
Lynn Malkawi
Curator, Amman Hub
Anne-Laure Malauzat
Partner; Head, Europe, Middle East & Africa Social Impact
Editor-in-Chief, The National
Mae Al Mozaini
Founder & CEO, The Arab Institute for Women’s Empowerment (Nusf)
Lynn Malkawi
Curator, Amman Hub
Anne-Laure Malauzat
Partner; Head, Europe, Middle East & Africa Social Impact
Keterlibatan belia dalam isu sosial, politik sumbangan kepada nasionalisme
Salah satu cara utama belia menyumbang kepada nasionalisme adalah melalui penglibatan aktif mereka dalam isu sosial dan politik.
Niaga AWANI: Pengangguran turun, ramai dapat kerja, adakah pekerjaan berkualiti?
Pengangguran pada bulan Mac terus menurun kepada
566.6 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.3 peratus. Ini bermakna semakin ramai dapat kerja. Adakah pekerjaan ini berkualiti? adakah ia bergaji tinggi dan sesuai dengan kelayakan pekerja? Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid terangkan.
566.6 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 3.3 peratus. Ini bermakna semakin ramai dapat kerja. Adakah pekerjaan ini berkualiti? adakah ia bergaji tinggi dan sesuai dengan kelayakan pekerja? Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid terangkan.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Pembinaan eskalator di Batu Caves tidak libatkan 272 anak tangga
Projek pembinaan eskalator di Kuil Hindu Batu Caves tidak akan melibatkan laluan 272 anak tangga ke gua kuil Sri Subramaniar yang menjadi sebahagian daripada tarikan pelancong ke kawasan itu.