awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan hospital baharu Parit Buntar perlu disegerakan

Bernama
Bernama
10/06/2018
21:50 MYT
Pembinaan hospital baharu Parit Buntar perlu disegerakan
Mujahid berkata hospital lama sedia ada juga menghadapi kekurangan ambulans dan beberapa peralatan lain. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan diminta menyegerakan pembinaan Hospital Parit Buntar yang baharu setelah ia tertangguh sejak 10 tahun lepas.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata hospital sedia ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah termasuk dari Nibong Tebal, Pulau Pinang dan Bandar Baharu Kulim, Kedah.
"Kita sudah ada kerajaan baharu dan saya akan minta Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad untuk datang melihat projek ini. Saya harap hospital baharu ini dapat disiapkan pada 2020 atau awal 2019," katanya pada sidang media selepas program santuni pesakit sempena Ramadan di Hospital Parit Buntar di sini, pada Ahad.
Mengikut perancangan, hospital baharu di kawasan seluas 21 hektar itu akan mempunyai 76 katil, dilengkapi pelbagai perkhidmatan perubatan seperti wad bersalin, bilik pembedahan, orthopedik dan pediatrik di samping kemudahan rawatan pesakit luar serta hemodialisis.
Apabila siap kelak ia akan memberi kemudahan kepada kira-kira 120,000 penduduk daerah Kerian.
Mujahid berkata hospital lama sedia ada juga menghadapi kekurangan ambulans dan beberapa peralatan lain.
Mengenai program hari ini, beliau berkata ia diadakan setiap tahun bertujuan meringankan beban pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Parit Buntar.
"Kita prihatin dan memberi sumbangan untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ambulans
#Hospital
#Menteri Kesihatan
#Mujahid Yusof Rawa
#parit buntar
#pesakit
#projek
#tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan