Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 24 kilometer dari Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris di sini dijangka akan bermula tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Beliau berkata pembinaan lebuh raya dengan kos RM400 juta itu dapat memendekkan jarak perjalanan dan menjimatkan masa demi keselesaan penduduk dan pelancong yang ingin ke Tasik Kenyir.
"Pembinaan lebuh raya ini dapat dapat memendekkan masa perjalanan kepada 20 minit berbanding 90 minit sebelum ini dan harap kemudahan ini dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Kuala Berang khususnya di Tasik Kenyir," katanya ketika merasmikan majlis sambutan Maulidur Rasul yang dihadiri 40,000 orang di sini Khamis.
Beliau sebelum itu mengetuai perarakan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan dan berakhir di padang Astaka Kuala Berang yang turut disertai 225 kontinjen termasuk jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, sekolah serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Ahmad juga berkata sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), kerajaan negeri akan membeli lebih banyak bot besar yang mampu memuatkan 100 penumpang pada satu-satu masa untuk ke Tasik Kenyir.
"Kita juga akan menyediakan pinjaman khas kepada pengusaha bot sedia ada untuk membeli bot yang lebih sesuai supaya mereka boleh menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong.
"Kita tidak mahu imej Tasik Kenyir tercalar dengan kemudahan pengangkutan air yang tidak efisyen, malah mahu pengusaha bot sedia ada mengutamakan kebersihan sepanjang berurusan dengan pelancong," katanya.
Mengulas mengenai kehadiran 40,000 penduduk setempat ke majlis itu, Ahmad menegaskan ia adalah manifestasi sokongan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
"Pembangkang tak akan hadir dalam majlis seperti ini, yang datang hanyalah mereka yang memberi sokongan kepada kerajaan dan saya yakin Parlimen Hulu Terengganu akan terus menjadi milik BN serta merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir," katanya.
Bernama
Thu Jan 31 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pembinaan Lebuhraya Gemuruh-Kuala Jeneris dijangka bermula tahun ini
Projek pembinaan lebuh raya sepanjang 24 kilometer dari Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris di sini dijangka akan bermula tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.