Seorang pembonceng maut terjatuh dipercayai kerana tertidur atas motosikal yang ditunggang rakannya dalam kejadian di Jalan Tok Guru berhampiran Kem Tentera 8 Briged, Pengkalan Chepa, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa, Muhamad Firdaus Anuar, 19, dipercayai terjatuh ke besi pengadang jalan sebelum jatuh ke jalan dan maut di tempat kejadian.
Motosikal ditunggang Syawalrudin Derahman, 22, turut terbabas menyebabkan dia juga terjatuh, namun hanya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, semasa kejadian dua rakan itu menaiki motosikal jenis Demak dari arah Taman Bendahara menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.
"Semasa tiba di lokasi kejadian bergampiran Kem Tentera 8 Briged di sini, Muhamad Firdaus dikatakan tertidur dan terjatuh ke besi penghadang jalan sebelum terjatuh ke atas jalan.
"Sebelum terjatuh itu, pembonceng dikatakan sempat menarik rakannya yang menunggang motosikal. Rakannya juga terjatuh dan mengakibatkan motosikal itu terbabas," katanya ketika dihubungi.
Ismail berkata, remaja berusia 19 tahun itu maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala rakannya hanya mengalami kecederaan ringan.
"Mayatnya dibawa ke Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian untuk bedah siasat.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sinar Harian
Wed May 09 2018
Mayat mangsa yang terbaring di atas jalan raya selepas terjatuh dari motosikal. - Foto Sinar Harian
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Pembonceng maut jatuh tertidur atas motosikal
Seorang pembonceng maut terjatuh dipercayai kerana tertidur atas motosikal yang ditunggang rakannya dalam kejadian di Jalan Tok Guru berhampiran Kem Tentera 8 Briged, Pengkalan Chepa, pagi tadi.