KUALA LUMPUR: Perjanjian Lintas Batas (CBA) di antara Malaysia dan Indonesia menjelang pembukaan ibu negara baharu republik itu di Kalimantan dijangka dimuktamadkan tahun ini.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ia akan ditandatangani dalam lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia kelak.
Menerusi perjanjian tersebut, Saifuddin berkata antara yang akan dimuktamadkan ialah senarai pintu masuk termasuk pembukaan pintu masuk baharu di antara kedua-dua negara.
"Kita juga telah bersetuju antara kedua-dua negara ini untuk memuktamadkan 'area of access'. Apabila pintu masuk itu nanti dibuka perlahan atau aliran keluar masuk rakyat dua negara akan berlaku.
"Di situlah potensi berlaku. Kalau tak berhati-hati, ada potensi terhadap unsur pelanggaran atau memungkin ancaman.
"Kedua-dua negara sedang berunding untuk memuktamadkan kawasan di mana penduduk kedua-dua negara boleh berada, dan yang paling akhir semakan terhadap elemen-elemen perundangan," katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.
Saifuddin menjawab soalan tambahan Angau Gingkoi (Lubok Antu) mengenai langkah proaktif yang akan dilakukan kerajaan untuk meningkatkan keselamatan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) dan kawasan sekitar yang bersempadan dengan Malaysia-Indonesia.
Jelas Saifuddin, usaha memuktamadkan CBA penting dalam memastikan keselamatan antara kedua-dua negara termasuk mengekang kegiatan penyeludupan manusia, dadah, serta ancaman lain.
Menjawab pertanyaan apakah CBA satu perjanjian baharu, beliau berkata ia adalah kaedah standard antarabangsa bagi negara-negara yang bersempadan sebagai memelihara kepentingan bersama serta jaminan keselamatan.
"Itu mekanisme yang wajib dilalui sebab kepentingan menjaga keselamatan satu sama lain dan jika berlaku krisis di negara jiran, (seperti) kita tengok berlaku di Myanmar menjadi 'push factor' kepada penduduknya datang ke negara kira.
"Dalam menjaga keselamatan sempadan, ia pasti melibatkan perbincangan negara jiran dan proses merangka perjanjian akan ada jawatankuasa bersama dan itu proses yang mengikut standard antarabangsa (bagi negara) yang berjiran," ujarnya.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 08 2023
Saifuddin Nasution berkata CBA kedua-dua negara akan ditandatangani dalam lawatan kerja Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia kelak. -BERNAMA
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Dewan Rakyat lulus dua RUU Pemegang Amanah
Kedua-dua RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
MOT pinda Akta 333 tangani isu 'mat rempit'
Pindaan itu akan mewujudkan tafsiran lebih jelas berhubung aksi berbahaya mat rempit seperti menunggang motosikal secara melulu atau terlibat dengan perlumbaan haram di atas jalan raya.
Pelajar M40 kurang berkemampuan layak manfaat Program Siswa Sulung - Zambry
Program ini menyediakan pengecualian yuran pengajian dan penginapan untuk anak sulung daripada keluarga yang tidak berkemampuan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Akta Harmoni Keagamaan, AI untuk Rakyat dan gejala rempit tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Perbahasan Dewan Rakyat hari ini tumpu pada Akta Harmoni Keagamaan, program AI, bekalan tenaga hijau dan langkah atasi gejala rempit.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.