awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sektor ekonomi: Tingkat pematuhan SOP, ambil iktibar kes terdahulu - Dr Noor Hisham

Hilmi Malik
Hilmi Malik
18/08/2021
13:42 MYT
Pembukaan sektor ekonomi: Tingkat pematuhan SOP, ambil iktibar kes terdahulu - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, meskipun kerajaan melarang aktiviti sosial namun masih ada yang melakukannya seterusnya mencetuskan kluster komuniti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kementerian Kesihatan (KKM) memohon kerjasama semua pihak untuk terus meningkatkan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ketidakpatuhan SOP akan menyukarkan usaha memutuskan rantaian COVID-19 serta mengawal pertambahan kluster baharu.
“Tindakan-tindakan KKM memerlukan kerjasama dan kepatuhan semua pihak agar kita berjaya mengawal situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara yang masih berada pada tahap membimbangkan.
“Kes harian COVID-19 masih menunjukkan kira-kira 20,000 kes sehari,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, tempat kerja sahaja meyumbang sebanyak 1,549 kluster sejak penularan gelombang ketiga COVID-19 bermula Mac sehingga Ogos.
“Usaha untuk menurunkan kluster di tempat kerja memerlukan penekanan terhadap pematuhan SOP di tempat kerja, pemantapan vaksinasi di kalangan pekerja serta penguatkuasaan yang tegas," katanya.
Selain itu, kluster komuniti juga membimbangkan kerana jangkitan mudah berlaku dalam kalangan ahli keluarga dan saudara rapat.
“Siasatan epidemiologi di lapangan mendapati, walaupun ada larangan bagi mengadakan majlis sosial atau menerima pelawat dan tetamu, masih ada di kalangan anggota masyarakat yang menjalankan aktiviti ziarah-menziarahi atau berkumpul dalam majlis dan seterusnya mencetuskan kluster dalam komuniti,” katanya lagi.
Selain itu, Dr Noor Hisham juga meminta orang ramai mengambil iktibar daripada beberapa insiden sebelum ini yang telah menjadi punca peningkatan semula kes COVID-19.
“Kita wajar mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa sebelum ini sehingga membawa kepada banyak kematian akibat COVID-19, serta penutupan pelbagai sektor ekonomi dan sosial berikutan peningkatan kluster di tempat kerja dan kluster komuniti,” katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ekonomi
#jangkitan
#KKM
#Kluster tempat kerja
#kontak rapat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan