TAWAU: Rakyat Sabah perlu segera mendapatkan vaksinasi COVID-19 dos penggalak sebelum sempadan negara dibuka kerana dikhuatiri terdedah kepada COVID-19 dengan kemasukan rakyat Filipina dan Indonesia.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, berkata kebimbangan itu berdasarkan status vaksinasi di kawasan berdekatan sempadan Sabah di kedua-dua negara terbabit yang masih agak rendah.
“Kita andaikan kadar vaksinasi rakyat negara jiran yang berdekatan dengan sempadan Sabah masih kurang disebabkan kawasan itu jauh dari ibu kota mereka.
“Walaupun kerajaan akan menetapkan prosedur yang ketat untuk masuk, tetapi ia masih dianggap risiko kerana orang yang datang tidak diketahui status vaksinasi mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program "Mass Cataract Surgery Initiative" (MCSI) di sini hari ini.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Andi Muhammad Suryady Bandy; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Rose Nani Mudin.
Sementara itu, Khairy berkata, KKM sudah menjalankan pelbagai kaedah bagi menggalakkan rakyat di negeri ini mendapatkan dos penggalak dengan mudah.
“Saya sudah meminta Pengarah Kesihatan Sabah untuk terus mengadakan program jangkauan luar dan membuka banyak pusat pemberian vaksin (PPV).
“Namun, masih ramai lagi yang enggan mengambil dos penggalak walaupun PPV telah dibuka hampir di setiap kawasan,” katanya.
Katanya, KKM juga sudah mengadakan program kesedaran terutamanya kepada golongan warga emas supaya segera mengambil dos penggalak, memandangkan mereka sangat berisiko jika dijangkiti wabak.
“Saya merayu sesiapa yang mempunyai ibu bapa berumur 60 tahun ke atas supaya bawa mereka mengambil suntikan dos penggalak kerana jika dijangkiti COVID-19, ia tidak boleh dianggap selesema biasa.
“Begitu juga dengan kanak-kanak yang belum diberikan suntikan vaksin supaya segera mendapatkannya kerana sekiranya mereka dijangkiti COVID-19 boleh membawa kemudaratan masa panjang,” katanya.
Mengulas mengenai program MCSI yang dijalankan di daerah ini pula, Khairy berkata ia adalah inisiatif KKM untuk menyelesaikan masalah pembedahan katarak di Hospital Tawau.
Katanya, KKM sudah membawa seramai 17 pakar oftalmologi untuk menjalankan pembedahan berkenaan bermula hari ini.
“Kita sasarkan sebanyak 200 kes pembedahan katarak dapat diselesaikan dalam tempoh seminggu, sekali gus mengatasi kes tertunggak di Hospital Tawau,” katanya.
Ridzal Abdullah
Mon Mar 07 2022
Khairy berkata kebimbangan itu berdasarkan status vaksinasi di kedua-dua negara terbabit yang masih agak rendah. - Gambar fail
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.
Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.
Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.
Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.
KJ tak dapat sertai, Syed Saddiq tamat larian KBHM 1 jam 46 minit
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan larian Kota Bharu Half Marathon (KBHM) di sini pada Sabtu.
Khairy, Syed Saddiq sertai Kota Bharu Half Marathon 2024
Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara 2,055 peserta yang bakal memeriahkan Kota Bharu Half Marathon (KBHM) 2024 Sabtu ini.
Khairy selar tindakan Speaker gantung Wan Ahmad Fayshal
Khairy Jamaluddin menyelar tindakan kerajaan menggantung Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal selama enam bulan.
Laporan Ketua Audit Negara ada kelemahan, penemuan tak tepat - Khairy
Khairy berkata terdapat juga laporan LKAN yang ditulis berjela-jela sehingga memberi persepsi seolah-olah sesuatu sumber itu dibazirkan.
IMD: Pertama kali di kedudukan lebih rendah berbanding Thailand, Indonesia
Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman mengenai ranking itu merupakan satu berita kurang baik untuk negara dan kerajaan.