MALAYSIA
Hospital Pengajar UNIMAS dijangka siap November 2026 - Ahmad Maslan

Ahmad berkata hospital itu berkapasiti 300 katil dan bakal menyokong ekosistem pengajaran serta pembelajaran dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS. - Foto Bernama
KOTA SAMARAHAN: Projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang kini memasuki fasa kedua dijangka siap sepenuhnya pada 12 Nov tahun depan dengan kemajuan kerja setakat ini mencapai 66.17 peratus, iaitu tiga hari lebih awal daripada jadual.
Ringkasan AI
- Projek Hospital Pengajar UNIMAS capai 66.17% kemajuan, dijangka siap sepenuhnya pada 12 November 2026, tiga hari lebih awal daripada jadual.
- Hospital 300 katil ini akan sokong pengajaran perubatan UNIMAS dan beri perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Samarahan, Kuching, Serian dan Sri Aman.
- Projek bernilai RM485.99 juta dipantau rapi oleh KKR dan JKR, dengan fasa pertama (Pusat Kesihatan Prima) siap pada Jun lalu.
Projek bernilai RM485.99 juta itu dilaksanakan secara reka dan bina oleh Perbena Emas Sdn Bhd dengan Pasukan Projek Khas 2, JKR Malaysia sebagai agensi pelaksana.
Fasa pertama projek berkenaan yang merangkumi Pusat Kesihatan Prima (PKP) siap dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi pada 13 Jun lepas.
PKP berfungsi sebagai pusat kesihatan harian bagi kes tidak kritikal dengan kemudahan termasuk bilik X-Ray, klinik batuk, klinik mata, klinik warga, makmal perubatan serta bilik pemeriksaan kesihatan awam.
Selain itu, fasa pertama turut merangkumi pembinaan surau, pusat asuhan kanak-kanak, kafeteria, pondok pengawal, bangunan mekanikal dan elektrik serta tangki air aras tinggi.
Ahmad berkata pemantauan berterusan terhadap projek itu selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang menekankan prinsip prihatin dan ihsan terhadap keperluan rakyat, sekali gus mempercepatkan manfaat kepada warga UNIMAS dan komuniti setempat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami